Grab the widget 

Friday, May 06, 2011

Masa PAS Solo Umno Bunuh Pejuang2 PAS

Umno dan BN tidak boleh di percayai selama lama nya, bila terdesak sanggup menghulur tangan kepada PAS untuk bersatu kunun, tapi jahat mengalah kan yahudi amerika.

Menteri WIFI kata “Perpaduan orang Melayu di negara ini akan semakin kukuh sekiranya Umno dan Pas dapat melalui satu proses 'ijab dan kabul yang mengisi perjuangan Melayu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim,” masa peristiwa memali M/WIFI ni menteri penerangan, pergh ijab kabul kepala bana dia.

Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA?, umno juga nampak nya galak memainkan isu perkauman, ada unsur laga2 antara melayu dan cina, wahai melayu2 dan cina2 jangan termakan dengan hasutan melayu Umno, negara ini milik semua kaum, umno tidak boleh menjadi TUAN selama nya, cina2 boleh beralih kepada PR pada PRU13 nanti, biar umno terkontang kanting dalam BN gila meroyan, cina2 mula menolak MCA gara2 kejahatan rakan nya UMNO, umno bukan kata jahat pada cina saja, malah pada melayu sendiri pun di khianati nya, umno hanya layak berpadu dengan KIMMAk jah.

Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'.

1. Ustaz Ibrahim Mahmud, Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

image

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menegah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986. [1]

2 comments:

Anonymous said...

Aku bukan nak kata kat sapa-sapa tapi aku nak bagi tau sikit saja yang puak-puak PAS dok pi layan depa buat apa biaq pi depa dok becakap sorang-sorang kesudahan esok orang kata depa gila la ni pun depa dah gila dah , cuba tengok hari ni apa depa dok reka cerita kita boleh dengaqkan lidah depa jangan dok pi pecaya lidah B end lidah bengkok macam che det nak buat titi bengkok sampai dimahkamah pun becara bengkok

Anonymous said...

la ni puak-puak B end dah nampak dah mek-mek dalam PAS lebeh begetah dari puak-puak tudung merah jadi depa mula la nak ajak PAS join dengan depa mana nak tau bila dah dok sebumbung orang tak boleh nak kata lagi , la ni kalau dok pi kacau tak ketahuan orang-orang depa yang kepiah tinggi kata apa pula

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM