Grab the widget 

Friday, March 04, 2011

Adun Lenggeng Didapati Bersalah RASUAH

image Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Negeri Sembilan, Mustafa Salim didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor. [disini].

Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialah 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha.

tok ggawo said: jangan seronok sangat nak PRK, umno RASUAH akan spin bermacam2 helah, ini lah ciri2 pemimpin yang harussani dan jamil khir setuju ikut pahaman islam hadhari, peduli lah syurga neraka Allah tentukan……

1 comments:

Unknown said...

Salam Tok Ggawa.

RM2000 pun ditibainya? Kalau RM2 juta sanggup bunuh kot?

Saya jemput Tok Ggawa ke Majlis Kahwin Along pada 13.3.11 di Dewan PPK dari jam 12 tengahari sehigga 6 petang. Silalah datang.

Komen Terkini


On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Eh jap.. tapi raja kecik Tu anak dia Kan.. so dia kawin lah kwn ?

On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Sbb dia tak kawin kot..

On Nov 14 ayac commented on imam raba dada pemuda dan cuping
En güzel whatsapp gerçek telefonda sikiş telefonda sex yaparak ortaya çıkıyor

On Dec 06 lantera commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Adakah ini FITNAH?? setelah berumur 40 tahun, buat pertama kalinya saya membaca cerita ini?samaada...(more)

On Dec 29 budakmelaka_94 commented on skmm tuntut bayaran pemberian netbook
Nk kna byar jgk kew...sdangkn xpkai lngsung...jmlh trkini 241.85..hmm

On Oct 14 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Tak tumbuh,tak melata,tak sungguh,orang tak kata..Ada bepuluh lagi sultan dalam catatan...(more)

On Apr 03 Anonymous commented on keturunan amerika bakal sultan ketuanan
Kaki botol alright... Not to mention his sister married a Yahudi... These are the future leaders of...(more)

On Jul 02 Anonymous commented on telekom cuba mengutip bayaran dari
I also get the same number call tha saying i owe two thousand something ..wtf ?? i been not using...(more)

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM