Grab the widget 

Friday, February 18, 2011

Mangsa Tembakan UPP Lihat Bapa Saudaranya Di Tendang

KOTA BHARU – Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.

imagelebih banyak berita mengenai kes ni [disini]

Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan,

56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.

“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.

“Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. [sumber]

1 comments:

Unknown said...

Bagaimana bapa saudara budak ni mati? Kena belasah ke atau tembak juga?

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM