BuBu said...
salam pakcik,
terima kasih di atas lawatan ke Labis. pasti pelbagai isu yang dicari dan dimainkan di blog ini. walau apa pun yang dimainkan isu itu, kami selesa dengan kehidupan ini.
selamat berkempen. ketara pertambahan pelancong dari negeri pakcik di sini. singgahlah kedai makan mak saya di pintu gerbang kampung. InsyaAllah, andai ada rezki.. saya belanja.
wasalam. ini komen BuBu (Huda@ Norulhuda binti Marsidin, jalan sekolah pekan air panas) di blog ini.
Yang BuBu tak sukakan aku dia kata “ sakit di hati aku bila pakcik yang keluarkan pic aku dulu mengeluarkan ayat ini - "nasihatkan orang2 tua anda yang TOTOK membabi buta sokong umno Bn".
Antara lain dari Huda…….
Cerita lain pasal isu calon. Aku dapat msg dari seorang kawan sekolah. Ada citer pasal aku di blog pihak sebelah sana, bercerita tentang calon. Bila da jengah dan tengok, pemilik blog tu add aku dalam seminggu lepas. Cumanya, aku meletakkan dia dalam group formal. Untuk orang yang aku tak kenal dan tak berapa kenal, aku groupkan formal.. Access untuk beberapa info aku sahaja. Info yang boleh diaccess salah duanya ialah blog add aku ni.
Apa yang buat aku terkilan, dia curi pic dalam blog ni. Dua pic, dan salah satunya pic aku melelapkan mata. Adeeeeiiii... Pakcik!!!!!!! tolong la.. kalau aku nak suh dia minta izin pon, da namanya mencuri.. tapi carilah pic yang cute skit.. Pic lelap tu pic 3 tahun lepas.. zaman² comot.. zaman² aku baru beli camera dan kegilaan berbloging sambil menghupload foto amat tinggi.
Pic tu pon bukannya teruk sangat, cumanya kondisi aku yang comot. lagipun, aku sendiri yang upload pic tu kat blog aku sendiri kan.. Cumanya, bila pic tu dicuri dan dimanupilasikan ceritanya.. ia jadi sangat tidak cantik. lebih comot dan comot lagi. Pengajaran buat aku.. bilamana aku melibatkan diri dalam arena ini, segala cerita lama akan disingkap balik. Hahaha.. rasa cam artis plak.. wakakaka eii.. eii..
Dan setelah perbincangan diadakan bersama tuan penasihat, aku off kan sementara blog ini. dan pada ketika korang membaca ni, segala isi blog yang tak sesuai telah diunpublish. Mungkin ada juga pic lain yang telah dicuri dan akan digunakan nanti. Harapannya, tidak. kepada pakcik itu, sedikit pesanan mungkin..
saya tidak kenal pakcik, dan saya percaya pakcik pon begitu.
fahaman politik kita berbeza tapi saya percaya matlamat kita sama. mahukan yang
terbaik untuk Malaysia. biarkan saya dengan cara saya dan kepercayaan saya ini.
saya memang anak jati tenang yang harapannya semangat dan ketenangan akan terus berada dalam diri saya untuk menghadapi pilihanraya ini. saya tidak takut dengan pembangkang yang ada di tenang, sebab pusing² pun sedara mara sendiri. saya percaya mereka tidak akan sekali-kali mengancam kehidupan saya dan juga keluarga saya. saya hormat mereka dengan fahaman politik mereka. kebebasan hak asasi manusia. kerisauan saya lebih pada pihak pembangkang dari luar tenang seperti pakcik yang tidak tahu apa yang ada di tenang itu. ketenangan di tenang mungkin kurang dari sekarang sehingga hari pembuangan undi nanti dengan kehadiran orang² luar seperti pakcik yang akan sedikit sebanyak menghuruharakan keadaan. percayalah, kami di tenang ini tidak akan mencetuskan keadaan sebegitu. kalau ada di masa² kempen nanti.. itu bukan orang tenang. debab² saya, saya tak kacau orang. satu lagi.. hentikan spekulasi pakcik tentang calon itu. tunggu je la..
sabar kan separuh dari iman. saya ni leh jadi calon menantu je.. saya percaya pakcik boleh bersabar.. bagi penduduk tenang, saya ucapkan selamat datang ke tempat kami untuk pakcik dan rombongannya.
Segala2 nya bermula dengan N3 aku yang ini……untuk Huda anda adalah public figure….
tok ggawo said...
salam !
saya sudah sampai ke kampung anda tiada banyak perbezaan ketika 20 tahun dulu saya kesini.
kesian anak bangsa jagaan Umno, banyak penyelewengan di lakukan oleh pemimpin2 mereka, kenapa dewan serbaguna di namakan nama arwah ?....tak berseri nampak ?.
setiba saya ke sini banyak iktibar yang saya dapat.. indah nama dari rupa..........
syabas kepada anda ......berjuang lah besungguh2 tanpa ada agenda lain untuk bangsa dan handai taulan setempat yang mesti di dahulukan.
wasallam.
January 23, 2011 4:54 PM
0 comments:
Post a Comment