Grab the widget 

Tuesday, November 16, 2010

Warga Biak Do’a Yb. Dabong Mati ?

Sejak ada pilihanraya lagi Kg. Biak dalam Dun Dabong Parlimen Kuala Krai, masih ketinggalan dan hampir tidak bertamaddun dalam era globalisasi, nak kata tak pandai pilih Kerajaan dan parti untuk mewakili mereka, mereka sudah puas tukar dah, lepas umno, umno, umno, Pas, Umno, Pas sama jah dua2 parti tak leh buat apa, nak kata tak berjanji dua2 berjanji, umno lagi lah kuat berjanji, janji tinggal jadi.

image cerita di sebalik gambar sila klik

Semua urusan kehidupan seharian di Kg. ini mesti menggunakan pengangkutan SUNGAI, termasuk lah persekolahan anak2 kerja mencari nafkah seharian dan hendak ke Bandar2 lain.

Kalau ada Jalur Lebar pun tidak bermakna bagi penduduk disini, wakil rakyat silih berganti, mereka semakin kaya, dulu Ketua Umno Bahagian Kuala Krai pernah menjadi wakil rakyat disini, kalah bertanding pun tak apa, dia pengurusi Kesedar lagi, jadi Ketua Bahagian pun bidang terjun, bedolah rogol bahagian Kuala Krai bagi kat Ramzi, Wan zaid di pecat, Ramzi penuh mulut berjanji nak buat itu dan ini, sekarang wakil rakyat Pas pulak, pun tak leh merubah apa2.

Patut ke patut kalau orang2 Kg, Biak do’a  kan wakil rakyat sedia ada MATI ?, kerana di Manik Urai yang sudah ada Jambatan pun bila wakil rakyat mati dan PRK, maka berjanji lah orang2 BESAR KEPALA nak buat jambatan baru 2 lorong di situ walau pun jambatan SEDIA ada masih boleh di gunakan, nampak gaya sehari 2 ni ada tanda2 jambatan itu akan di bina.

Kalau selagi tiada Kematian wakil rakyat, selagi itu lah orang Kg. Biak pada adat nya tak kan merasa Jambatan, nak harap Kerajaan Negeri ?, hari2 dok Do’a Keghajo’e kito sesok……..

Aku nak tanya berapa ramai PEMBESAR2 KEPALA pernah datang ke Kampung ini, Kampung ini bukan LEKEH, hasil bumi banyak keluar dari bumi ini, itu la Kerajaan negeri pun sibuk membangun kan tempat  yang padat KETAT jah di utara Kelantan, BUTA dah mata di HULU2 Negeri nih………..semua menatang nak sumbat kat Kota Bharu jah, nak buat macam mana pemimpin yang Hulu2 nih BODO2 Belaka, pakai ikut jah, Umno sama, asyik2 JELI, BACHOK itu jah negeri Kelantan nih, Kuala Krai ke Lu Musang di anak tiri kan, lagi satu, semua program Kerajaan dan PARTI di buat di KB, sebab itu orang2 KB BUTA mata kat selatan nih………………………semua EXCO mana ada orang Hulu2 nih, sudah tentu mereka utamakan tempat mereka terlebih dulu apa2 rancangan KERAjaan, ini pun celako 40 juga……………weih ! orang BIAK, PRU13 nak undi nnate ggapo pulok ?, kalu wakil rakyat tok matiiiiii. [ada lagi cerita berkaitan disini]

Aku, aku tetap Do’a Kan Abe Arif panjang UMUR………….Amiiiin.

2 comments:

Mr. President said...

Nak Royak Sikit

Kesimabungan dari posting yang pernah saya siarkan seblum ni 'Saje Nak Berbual'. Kali ini dalam nada yang sama saya nak bercerita sedikit sebanyak satu perkara yang sering dilepas pandang dan memang tak difikirkan langsung pun oleh semua orang. Kadang-kadang idea dan pandangan seperti apa yang saya bakal kongsikan ini tidak diterima oleh majoriti rakyat, namun ku taip juga sebab semua orang berhak menyatakan pendapat masing-masing. Ini kerana, pendapatan setiap orang pun masing-masing juga..he he he...

Kalau dalam penulisan sebelum ini, saya rungkaikan perihal MASA. Pada kali ini saya cuba nak kongsikan perihal TEMPAT pulak.

Tuan-tuan cuba perati, kebanyakan program atau majlis peringkat negeri yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri atau parti kebanyakkannya dibuat di sekitar bandar Kota Bharu. Maka berduyun-dutunlah rakyat dari segenap pelososk negeri sejak dari Jajahan Lojing, Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Tumpat bertumpu di Kota Bharu untuk menghadiri majlis/program tersebut.

Tidak salah buat di pusat bandar. Malah di pusat bandar memiliki segala infra yang diperlukan. Tetapi jika hanya dibuat di pusat bandar sepanjang mana, bila masa kawasan-kawasan lain akan dibangunkan? Pernah tak kita fikir, rakyat dari kawasan-kawasan hulu ni terpaksa bertolak awal untuk ke Kota Bharu, lebih2 lagi terpaksa bermalam di sana sehari sebelum majlis/program beerlangsung. Adil ke dengan penduduk yang berada di Kota Bharu??

Kenapa kita tidak boleh rotate tempat program ini? Biar rakyat Tumpat, Kota Bharu merasai betapa susahnya nk ke Gua Musang ke, nak kena bermalam di sana sehari sebelum program tu. Penganjur jangan hanya syok sendiri adakan program/majlis di Kota Bharu, rakyat di kawasan pedalaman ni kadang-kadang bermasam muka sesama sendiri dalam hal mencari kenderaan dan mencari orang untuk ke sana.

Bila saya sebut macam ni, ada pulak yang megatakan, "Jihad tu syeh...tak perlu diungkit benda-benda macam ni." -Betul, saya akui, tetapi pernah kita bandingkan dengan rakyat2 yang berada berdekatan dengan kawasan program? Adakah rakyat di kawasan bandar tak mahu berjihad sama seperti rakyat di kawasan pedalaman?

Jika isu kemudahan menjadi masalah utama untuk diadakan di kawasan @ daerah lain, maka pihak pemerintah kena lah sediakan kemudahan itu di setiap daerah. Jangan hanya perbanyakkan di kawasan ibu kota sahaja. Kena agih2kan juga ke kawasan-kawasan lain. Barulah kawasan lain pun merasa nikmat bersama.

Jika semua daerah mempunyai sebuah dewan seperti dewan PUTIK, maka saya rasa, tidak pelik jika majlis atau program-program dapat dibuat bergilir-gilir di setiap daerah.

Sebagai contoh, Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Kelantan, diadakan di Jeli. Tahun depan di Pasir Mas, tahun seterusnya di Kuala Krai. Maka seluruh rakayat tak perlu hanya kenal KOTA BHARU jer...

Sekian.

Dabong, 7.54
25 Sept. 2010

gedebeKB said...

Mr, President,
Kalau gambar ini disiarkan sekali dengan gambar istana raja gemok yang indah menawan di atas bukit Jelawang, Istana ini bagaikan istana kayangan dan mengadap gunung Stong bersama air terjun yang turun dari bukit tanpa henti.
Istana ini kalau diambil gambar bersama pemandangan rumah penduduk Jelawang yang kebanyakannya jenis manusia kerja toreh batang getah sungguh indah.
Baru lima tahun jadi wakil dah tinggi melangit, kalau sepuluh tahun terus tidak berpijak di bumi, kalau 15 tahun habis bukit ditarah, kalau 20 tahun .....

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM