Grab the widget 

Wednesday, November 03, 2010

Sabah Bawah UMNO Ada 'kawasan selamat untuk murtad’.

NGO-NGO Islam yang meninjau ke pedalaman Sabah melaporkan hampir 30 buah kampung terdedah kepada risiko murtad.

image

Ada satu istilah iaitu 'kawasan selamat untuk murtad’ di Sabah bawah UMNO BN.

34310_1224247466086_1825998829_418395_4046272_n Puteri ?

Walaupun terdapat jabatan-jabatan yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal umat Islam, pembangunan umat Islam di Sabah masih terlalu lemah.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Sabah, Salman Amin, Ini terbukti,  apabila ramai di kalangan para ustaz tidak diberi kebenaran untuk menyatakan pendirian dan ramai yang diperkudakan agar tindakan pemimpin Umno dilihat mendapat sambutan dari badan-badan agama walaupun ia jelas bertentangan dengan Islam.

Ini, katanya berbeza dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS yang menjunjung tinggi al-Quran dan as-Sunnah dan menjadi dasar perjuangannya seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS.

Tambahnya, bukti keazaman PAS untuk memartabatkan Islam tidak mengira bangsa dan keturunan boleh dilihat di Kelantan di bawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak pernah berubah walaupun ada di kalangan pemimpin PAS yang dipenjara malah ada yang dibunuh.

"Istilah PAS parti semenanjung tidak wujud kerana sepertimana Islam pernah menguasai 1/3 dunia tidak ada istilah Islam Arab, Islam Parsi atau Islam Eropah kerana semuanya bernaung di bawah sebuah sistem keadilan Islam," tambah beliau.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM