Grab the widget 

Tuesday, August 31, 2010

Tolong Peringat Takut Lupa

Sebenar nya aku malu nak ulang tayang, tapi kot2 korang terlupa pulak……….

Elaun  Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat bagi setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja, yang diluluskan Dewan Undang Negeri masing masing. Ini contoh untuk Kedah. Secara asasnya, ianya dipraktikan di negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga jumlah dan nilainya.

1. Elaun Sultan – RM 52,600.00 sebulan
2. Elaun keraian Sultan – RM 15,480.00 sebulan

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM 68,080.00

Untuk Sultanah pula elaunnya adalah

1. Elaun Sultanah – RM 12,000.00 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM 2,600.00 sebulan.

Jumlah elaun Sultanah ialah RM 14,600.00 sebulan

Elaun lain lain untuk kerabat ialah:

Raja Muda                           RM 13,000.00
Raja Puan Muda                 RM   5,200.00
Tunku Bendahara               RM   4,000.00
Isteri Tunku Bendahara     RM   1,250.00
Tunku Temenggung           RM   3,500.00
Isteri Tunku Temenggung  RM   900.00
Tunku Laksamana              RM   3,000.00
Isteri Tunku Laksamana    RM    600.00

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat elauns juga. Contoh macam anakanda anakanda Sultan dapat elauns RM 1,000.00 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat elauns sebanyak RM 500.00 sebulan.

Itu tak termasuk kawasan balak, lombong, tanah pertanian, saham dalam GLC, ahhh banyak lah……………………………serta kerenah nya.

1 comments:

Isa said...

Kalau macam tu Raja Katak pun mesti ada elaun dari Negeri Pasir Mas.

hahahahaaaa...

Komen Terkini

lain lain artikel