Grab the widget 

Friday, August 20, 2010

Cara Nakhaie Ahmad Berdakwah

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya  menyifatkan tulisan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dalam majalah Milenia Muslim edisi Ogos sebagai  “tuduhan palsu dan hasutan ganas” untuk menentang Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri itu.

imageyang tengah2 tu Nakhaie Ahmad

Kata Juanda, majalah Milenia Muslim dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan.

“Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara.

“Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri.

“Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia,” kata beliau.

Tambah beliau, Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

“Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan ketua  agama Islam bagi negeri ini.

“Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tambah beliau, Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.

[sumber penuh disini]

1 comments:

Unknown said...

Sebagai meraikan keterbukaan dialog dalam Islam saya melihat polemik antara Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dan Mufti Perlis Sahibul Samah Dr Juanda Jaya bersama mufti sebelumnya Dr Mohamad Asri Zainal Abidin yang lebih sarat melarat dengan ketutupan pandangan peribadi perlu dibuka luas ruang lingkupnya supaya alim ulama lain yang menjadi ahli keagamaan boleh bermuzakarah mengambil peranan. Namun membaca tuduhan fitnah bahawa majalah dakwah Milenia Muslim sebagai agen sebuah agensi agama kerajaan persekutuan untuk menceroboh kedaulatan keagamaan sesebuah negeri apatahlagi datangnya dari Sahibul Samah Mufti Perlis sendiri amatlah malang sedang al-Quran telah memberikan petunjuk dalam Surah al-Hujurat, ayat 6. Bagi menjawab tuduhan yang ‘lebih lajak dari laju’, saya dengan rendah hati menjawab tuduhan tersebut dalam rencana saya, "Mufti Yang Berani Terjun Ke Dalam Api Neraka". Wallahualam.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM