Grab the widget 

Monday, August 02, 2010

Assalamu’alaikum ! Kerajaan Islam PAS Kelantan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kekurangan Air.

“Pihak HRPZ II sudah tiga hingga empat kali mengadakan perbincangan dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN) bagi membolehkan masalah kekurangan air dapat diselesaikan.

“Pihak AKSB banyak berjanji untuk menyelesaikan masalah ini memandangkan kami (HRPZII) merupakan antara pengguna air terbesar di negeri ini, namun sehingga tempoh setahun, ia masih tidak diselesaikan,” dakwa Pengarahnya, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan kepada pemberita semasa mengumumkan masalah kekurangan air di hospital di pejabatnya, di sini, semalam.

Beliau mendakwa, pihak AKSB juga pernah memberikan penjelasan hospital berkenaan mempunyai masalah kebocoran pada paip menyebabkan bekalan air tidak mencukupi dan bagi mengambil respons terhadap iktibar berkenaan, HRPZII sudah dan sedang menggantikan semula semua paip lama bagi mengelak kebocoran.

“Pihak kami (hospital) sudah menghabiskan hampir RM500,000 untuk menukar semula paip-paip lama yang dikhuatiri menyebabkan kebocoran, namun pihak kami juga mendapati masalah paip tidak menjadi penyebabnya.

Berkaitan [disini] dan [disni]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM