Grab the widget 

Friday, July 23, 2010

Kerana Liat Nya Wakil2 Rakyat PAS Sebab Itu Amno Menggila

Sudah habis cara, bomoh, tilik, jampi serapah, tawaran wang, pangkat dll, wakil2 rakyat PAS tetap liat dan istiqomah dalam pegangan Akidah, tidak tergadai Akidah dengan material duniawi.

Satu2 nya cara adalah dengan provokasi, tiada keikhlasan, pemimpin ini cakap lain, pemimpin lain pulak sebalik nya, tidak ada kata sepakat dalam Amno dalam isu perpaduan yang najib, harussani dan Jamil khir gembar gemburkan.

Najib sebenar nya  ingin berkuasa besar, setelah 2/3 majoriti di Parlimen telah di nafikan olih PR pada PRU12 lalu, Amno semakin menggelabah takut kehilangan kuasa, tidak dapat lah bermaharajalela dengan rakus, di samping itu ketidakupayaan Amno BN untuk menangkis isu2 besar yang di lakukan olih tangan2 jahat AMNO dan BN terhadap rakyat.

Atas nama Islam kami penyokong2 rela PAS berkorban, tapi atas dasar Asobiyyah perkauman biar kan Amno hayut dengan labu2 nya.

Kejahatan yang nyata Amno adalah terhadap rakyat Kelantan, sejak PAS mengetuai Kerajaan negeri banyak hak2 rakyat Kelantan di nafi kan termasuk olih pemimpin2 Amno Kelantan sendiri, Kelantan di biar ketiggalan dalam arus pembangunan Nasional, walau pun Kelantan sebahagian dari Persekutuan yang mana persekutuan ada tanggungjawab keatas nya, termasuk isu Royalti Petrolium, yang nyata ada perjanjian tersurat dengan Petronas sejak 1974, tapi di rampas sewenang dengan berbagi2 alasan yang direka2.

Menghulur tangan untuk perpaduan, tunjuk kan dulu keikhlasan, selesai dulu perkara2 di atas, isu nya perpaduan antara 2 parti tidak ada makna nya, kalau rakyat masih tertindas selama2 nya, sedang kan pemimpin bermewah2 dengan hasil titik peluh rakyat marhaen, biar lah ada hati perut dan ada sekelumit rasa kasihan pada rakyat2 bawahan bukan setakat bangsa melayu saja, malah semua bangsa yang sama2 membangun negara ini, melayu tidak kemana di bumi msia ini, kalau tidak di bantu olih lain2 bangsa.

Sebab itu kembali lah kepada peraturan Islam, di mana didalam nya terjamin kesejahteraan kepada seluruh rakyat tidak kira warna kulit, bangsa dan agama, kita bangsa melayu yang menjadi tonggak pemerintahan, buang segala dasar ciptaan manusia yang banyak kelemahan dan dangkal itu, segera lah berpadu atas nama Islam.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM