Grab the widget 

Tuesday, July 27, 2010

FELDA BKT. KEPAYANG: Kilang Tipu Peneroka

Beberapa peneroka di sini tidak berpuas hati dengan tindakan pihak kilang sawit yang didakwa menentukan gred buah sesuka hati tanpa mengikut sistem, malah mendakwa mereka memilih bulu.

Bagaimanapun, tidak mahu perkara itu berlarutan, seorang peneroka, Abas Muji, 63, tampil menyuarakan kekesalan itu dan mahu ia diselesaikan segera memandangkan isu itu sudah mula dipolitikkan.

Menurutnya, penggredan yang dilakukan seolah-olah wujud sistem kroni apabila Kadar Perahan Asas (KPA) dan Kadar Perahan Yang Digred (KPG) diberikan mata yang baik.

“Setahu saya, setiap buah yang dihantar ke kilang mestilah dinilai dengan betul supaya peneroka dapat menikmati faedahnya setelah bertungkus-lumus mengusahakan kebun, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Mereka gred tanpa meneliti buah sawit, malah buah yang mengkal diisytiharkan sebagai rosak,” katanya kepada Sinar Harian.

Abas berkata, buah sawit yang masak dan mengkal adalah yang paling baik serta berkualiti, tetapi apabila ia ditolak, keadaan itu merugikan peneroka.

Menurutnya, memang ada peneroka yang sanggup berdebat dengan pihak kilang mengenai perkara itu dan selalunya pihak kilang akan membetulkan resit yang dikeluarkan bagi membolehkan mereka mendapat pendapatan lumayan.

Bagaimanapun katanya, berbeza dengan peneroka yang tidak berani menyuarakan rasa tidak puas hati, menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian bukan sahaja dari segi buah tetapi pendapatan juga.

“Buah yang dianggap rosak, pihak kilang tidak akan membenarkan peneroka membawa keluar dari kilang. Tetapi, bagi pengusaha luar, mereka dibenarkan berbuat demikian.

“Kemudian buah itu akan dicampurkan pula untuk penghantaran kali kedua. Jadi secara tidak langsung, sudah tentu ada buah yang ditolak sebelumnya akan diterima pula,” katanya.

Abas berkata, dia mahu pihak Felda, Felda Plantation dan kilang sawit itu mengambil serius perkara berkenaan kerana ada parti politik yang menggunakan isu itu untuk kepentingan mereka.

[sumber]

1 comments:

azman kamarul said...

Tengok sajalah perangai dia orang ni DAH TAK KENAL HARAM DAN HALAL LAGI DAHHHHH........

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM