Grab the widget 

Wednesday, June 09, 2010

PDRM Tidak Dapat Selesai Kes Bunuh IGP Nya Sendiri

Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menuntut supaya siasatan dibuka semula ke atas pembunuhan bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim.

igpkenabunuh Kes pembunuhan bekas ketua polis itu kembali mendapat perhatian selepas satu rencana tulisan anaknya Najib Abdul Rahman disiarkan akhbar The Sunday Timeshujung minggu lalu.

Karpal seterusnya berkata, beliau pernah membela seorang tertuduh bernama Lim Woon Chong dalam kes pembunuhan tersebut, namun Lim dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut oleh hakim Tan Sri Harun Hashim.

Lim yang merupakan pemimpin kanan Parti Komunis Malaya bagaimanapun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada 1980 atas dua lagi tuduhan membunuh dua orang polis di Perak.

"Sebelum dia dihukum mati, Lim memberitahu saya bahawa dia tidak ada kena mengena dengan kes pembunuhan Tan Sri Abdul Rahman.
"(Jadi) siapa yang membunuh Tan Sri Abdul Rahman dengan kejam? Saya telah banyak kali membangkitkan perkara ini di Parlimen.

"Pada mulanya tuduhan itu kesemuanya diletakkan di bahu Lim. Apabila saya tunjukkan apa yang berlaku di depan Hakim Harun Hashim, menteri di jabatan perdana menteri (Datuk Seri) Mohd Nazri Aziz kata siasatan masih berjalan.

Menurut Karparl lagi, keluarga Tan Sri Abdul Rahman perlu mendapatkan kebenaran di sebalik kematian tragis itu.

Tambahnya, kegagalan untuk menyelesaikan kes tersebut memberi akan memberi kesan negatif kepada pasukan polis.

"Jika pasukan polis tidak boleh menyelesaikan kes pembunuhan ketua mereka sendiri, sukar untuk dibayangkan apa yang dilakukan ke atas (kes) pembunuhan lain di tangan polis," katanya lagi.

1 comments:

Unknown said...

Salam,
1.Betapa bodohnya karpal kerana sentiasa berusaha mencipta prespesi utk memburukkan polis....

2.Lagi BODOH org yang mempercayainya...

3.Dulu masa ada ugutan bunuh...lapor kepada polis...apasal tak sisat sendiri...atau lapor pada polis isreal...

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM