Grab the widget 

Saturday, May 01, 2010

Pengawal Istana Kelantan Parah Di Tembak

Huh  ! banyak adegan tembak menembak tahun nih……………………..

Seorang pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan cedera parah di bahagian dada apabila ditembak oleh individu yang tidak dikenali dalam kejadian tengah malam tadi di Kampung Sungai Nyior, Palekbang Tumpat.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata kejadian dilaporkan berlaku pukul 12.25 tengah malam ketika mangsa Ramli Mohd, 50, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang selepas tamat waktu bertugas di Istana Negeri pada tengah malam.

"Sampai di tempat kejadian, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal melepaskan satu das tembakan yang tepat mengenai dada mangsa," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Menurut Abdul Halim, sebelum itu mangsa yang menunggang motosikal sendirian dikatakan telah diekori dua lelaki sebelum menghampiri mangsa dan melepaskan tembakan.

Beliau berkata maklumat awal juga menyebut suspek yang tidak puas hati dengan tembakan pertama dikatakan berpatah balik dan melepaskan satu lagi tembakan ke arah mangsa.

"Bagaimanapun hanya satu das tembakan mengenai mangsa dan pelurunya masih berada di bahagian dada mangsa," katanya.
Sehubungan dengan itu Abdul Halim berkata beliau telah diarahkan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra yang meminta polis menyiasat secara terperinci kes itu bagi mengetahui punca kejadian dan pihak yang bertanggungjawab. [baca terus dari sumber]

Abdul Halim berkata mangsa yang juga pesara tentera dan bertugas sejak 17 tahun di Istana Diraja Kelantan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Katanya mangsa juga bertugas sebagai pengawal keselamatan bagi keluarga diraja dan membantu tugas-tugas sebagai pengawal peribadi.
Sementara itu, isteri mangsa, Maznah Mustapa, 50, berkata beliau tidak mengesyaki mana-mana pihak terbabit dan hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasatnya.
"Saya berharap pihak berkuasa membuat siasatan menyeluruh bagi memastikan pihak yang terlibat dapat dihadapkan ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui di hospital.
Pasangan itu mempunyai lima anak berusia antara 27 dan 18 tahun.
Anak bongsu pasangan itu, Mohd Faris, 18, pula berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu beberapa minit oleh orang ramai yang membantu menghantar bapanya ke hospital.
Beliau berkata bapanya dihantar ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II berikutan keadaan bapanya agak tenat dan memerlukan pembedahan.

1 comments:

Anonymous said...

HIII budaya Siam dah merebak ke dalam negara kita. Kalau polis tak leh nak seleasai, aku takut jadi macam di Naratiwath nanti. Bebas nak bunuh sapa-sapa.

Komen Terkini


On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Eh jap.. tapi raja kecik Tu anak dia Kan.. so dia kawin lah kwn ?

On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Sbb dia tak kawin kot..

On Nov 14 ayac commented on imam raba dada pemuda dan cuping
En güzel whatsapp gerçek telefonda sikiş telefonda sex yaparak ortaya çıkıyor

On Dec 06 lantera commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Adakah ini FITNAH?? setelah berumur 40 tahun, buat pertama kalinya saya membaca cerita ini?samaada...(more)

On Dec 29 budakmelaka_94 commented on skmm tuntut bayaran pemberian netbook
Nk kna byar jgk kew...sdangkn xpkai lngsung...jmlh trkini 241.85..hmm

On Oct 14 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Tak tumbuh,tak melata,tak sungguh,orang tak kata..Ada bepuluh lagi sultan dalam catatan...(more)

On Apr 03 Anonymous commented on keturunan amerika bakal sultan ketuanan
Kaki botol alright... Not to mention his sister married a Yahudi... These are the future leaders of...(more)

On Jul 02 Anonymous commented on telekom cuba mengutip bayaran dari
I also get the same number call tha saying i owe two thousand something ..wtf ?? i been not using...(more)

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM