Grab the widget 

Saturday, May 22, 2010

Jom ! Beranak Ramai Demi Politik Islam

Pada tahun 2020 mengikut unjuran biasa iaitu pertambahan 2.6% penduduk setahun, penduduk Malaysia dijangka akan mencecah jumlah warganya seramai anggaran 34.752 juta orang. apa yang perlu difikirkan oleh kita semua ialah berapa peratuskah jumlah bumiputera pada tahun 2020 nanti. mengikut pertambahan biasa bumiputera iaitu sebanyak 3.4% setahun, maka jumlah bumiputera pada tahun 2020 dianggarkan seramai 25.587 orang. Iaitu sebanyak 73.6% jumlah penduduk adalah bumiputera berbanding sebelumnya (tahun 2000) iaitu sebanyak 65.1%. Namun jumlah bilangan Muslim jauh lebih kurang apatah lagi jika dikira jumlah Muslim yang taat.

Itu (pertumbuhan 3.4%) jika dikira mengikut unjuran biasa dari bancian tahun 1991-2000. namun apa yang membimbangkan ialah kecenderungan orang melayu muslim kita sekarang terutama dari negeri selain Kelantan yang mengamalkan perancangan keluarga yang keterlaluan seperti merancang untuk mendapatkan anak tiga orang kebawah. berbeza dengan orang kelantan yang sanggup beranak seramai mungkin sekalipun mereka sibuk berkerja suami isteri. Jika keadaan ini berterusan bermakna suatu hari nanti Malaysia kita ini akan dimonopoli oleh orang-orang berdarah Kelantan.

Oleh kerana itu, dinasihatkan kepada orang-orang selain kelantan agar tidak lagi merancang jumlah keluarga secara keterlaluan. seeloknya cubalah beranak seramai mungkin bagi mengimbangi pertambahan jumlah bumiputera yang berdarah Kelantan ini di Malaysia.

Namun itu semua bukanlah menjadi masalah kerana walaupun kita dari negeri mana sekalipun kerana kita sama-sama berpegang pada Dua Kalimah Agong. Apa yang kita risaukan ialah masa depan ummat terutama di negara Malaysia ini 50 tahun akan datang.. dengan mengambil kira jumlah anak-anak melayu yg longlai disebabkan dadah, rosak akhlak, dipenjara dan sebagainya.

Jadi pada hari ini, saya mengajak dengan sepenuh hati kepada saudara seagama dengan saya, sekiranya tuan/puan mempunyai perancangan untuk mendapatkan seorang, 2 orang atau seterusnya agar tukarkan perancangan jumlah anak kepada bilangan yang lebih ramai dengan tujuan untuk menambahkan lagi bilangan Muslim yang baik di negara kita tercinta ini bagi menjamin masa depan politik anak cucu kita 50 tahun akan datang. Anggaplah ini satu pengorbanan yang perlu kita lakukan demi agama, bangsa dan negara.

SAYANGILAH NEGARA INI DEMI ANAK CUCU KITA...

oleh Siti Sifir @ sitisifir10 at yahoo.com

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM