Grab the widget 

Thursday, May 06, 2010

Isteri Kedua Dapat Bertemu Sultan Kelantan

Elia Suhana Ahmad, isteri kedua Sultan Kelantan yang sebelum ini mendakwa dihalang daripada menemui baginda muncul di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian malam tadi.

“Ada, kat (di) atas bersama beberapa orang, mungkin pembantunya.

“Tapi saya tidak pasti sama ada dia (Elia) dapat jumpa tuanku atau tidak,” kata seorang anggota pengawal keselamatan yang ditemui di pekarangan pintu masuk HUSM.

Elia diiringi empat pembantu dilihat memasuki pintu masuk utama HUSM kira-kira pukul 10.45 malam tadi secara tidak langsung telah mengejutkan banyak pihak.

Lantaran penafian itu beliau memfailkan tuntutan hak tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah di sini melalui peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pada 4 Feb lalu Hakim Syarie Mohd Yusof Awang mengeluarkan perintah membenarkan Elia melawat baginda antara setiap Sabtu hingga pagi Isnin berikut.

Ketika itu, Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid menemani Sultan Ismail Petra sejak baginda dibawa ke HUSM dua hari lepas.

Kawalan rapi pasukan keselamatan turut ditempatkan di kawasan hospital berkenaan.

Difahamkan, Elia yang berada di luar negara pulang setelah mendapati Tuanku Ismail dimasukkan ke hospital.. [klik untuk baca seterus nya]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM