Grab the widget 

Wednesday, May 26, 2010

Berhenti Presiden MIC Tidak Mahu Kekal Dalam MIC Walaupun 1 Hari

vellu Ketika ramai beranggapan Datuk Seri S. Samy Vellu mengharapkan ‘ganjaran’ gelaran “Tun” dan jawatan sebagai duta sebelum bersara, anaknya mendedahkan Presiden MIC itu sebenarnya telah menolak kedua-dua tawaran itu ketika ‘kompromi’ dicapai berhubung isu calon pilihan raya kecil Hulu Selangor bulan lalu.

Sehubungan itu, S. Vell Paari mempertahankan ayahnya dengan berkata, ia menunjukkan “ayah saya tidak mahu kekal memegang jawatan politik atau kerajaan sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak.”

“Ayah saya kata tidak, beliau tidak mahu terima kedua-dua tawaran ini,” katanya ketika timbul pelbagai spekulasi di sebalik perubahan calon Barisan Nasional (BN) pada minit-minit terakhir untuk diturunkan di Hulu Selangor dan pelan peralihan kepimpinan dalam MIC.

“Beliau memberitahu pegawai khas Najib bahawa keutamaan beliau ialah menyelesaikan isu Maika Holdings,” katanya.

Vell Paari memberikan maklumat ini ketika timbul desakan agar Samy Vellu meninggalkan jawatan Presiden MIC dengan segera.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM