Begitu mudah nyawa di rentap, dengan berbagai2 alasan kemudian nya, jiwa seorang remaja 15 tahun hilang dengan begitu mudah, hancur luluh hati sanak saudara nya, apa lah jenayah yang mampu di lakukan olih insan semuda itu ?, ppergh !.
Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis dalam kejadian awal pagi Isnin, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.
Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15, yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.
"Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.
"Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11," katanya di sini Isnin.
Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa. [baca selanjut nya dari sumber]
6 comments:
Umur 15 tahun pandu kereta pukul 2 pagi?
kalau betullah polis yang tembak (aku tidak berani menuduh kerana setakat berdasar cakap kawan-kawan dia tu kata "Kakak, Rakan-rakan Yakin Remaja Ditembak Polis Bukan Penjenayah") memanglah lagi bingai polis tu dari aku.
Kat bandar kan terang benderang walau tengahmalam? cermin gelap pun tak dibenarkan. minta kerajaan pasang lampu terang lagi macam cahaya matahari sebab banyak kali gak berlaku pemandu dan langgar orang jalankaki atau sekatan jalan.
Bingai kata "Umur 15 tahun pandu kereta pukul 2 pagi?"
Saya rasa penjaga perlu di persalahkan jerana membenarkan budak 15 tahun meminjam kereta jam 2 pagi.
Polis pula perlu berhati hati dlm menagani situasi jenayah, jikalau ada.
woitt, cakap leklok skek, senarionya ialah; 1. Budak tu memandu dgn cara berbahaya hampir melanggar polis tuh walaupun telah diarahkan berhenti. 2. Budak itu menjerit2 memaki2 anggota polis tersebut spt seorg yg hilang kesedaran kemudian kelihatan memegang sesuatu yg mcm senjata berbahaya, polis pon bimbangkan nyawanya terus ambil keutusan tembak. 3. Budak itu meminjam pistol polis utk melihat2 shj tetapi tertembak dirinya.... ahahaha
@pencatat....
1.budak tu memandu dengan cara merbahaya?
-dalam surat khabar dan kata polis?hahaha
2.budak tu menjerit dan memaki polis?
-budak kecik?...aku dah besar pun tak berani nk jegih polis..budak 15thn berani?..memegang sesuatu senjata yang merbahaya?bukan pistol kan...jadi dengan badan budak tu yang kecil.polis tak boleh ke tangkap dia dgn 4 anggota?bodoh la jawabna polis kat malaysia nie :)
jadi apa yng boleh di simpulkan..memang kebiasaan statement anggota polis "dia cuba melanggar polis , lalu polis melepaskan tembakan atau dia cuba menyerang polis..lalu di tembak...polis polis...harap pihak berkuasa memberi keadilan kepada adik nie....sudah mula menyampah dgn polis..
masalah memandu tanpa lesen ker or apa ker...takkan di hukum tembak kot..tp diaorang boleh reka macam2 kenyataan...tunggu dan lihat
Dalam keadaan ini, pihak polis tidak ada alasan yang kukuh untuk menembak mati remaja tersebut. Using of arms only as a last resort to affect an arrest, not to kill. Katakanlah tembakan dilepaskan untuk membolehkan remaja tersebut ditahan, tetapi tembakannya tersasar lalu terkena anggota badan yang kritikal menyebabkan remaja tersebut maut, maka polis masih bersalah.
Post a Comment