Aminulrashid Amzah berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah ? mati ditembak PDRM.
Katanya, anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek.
tok ggawo said: biar betul beb……ooo ! parang tu di lihat sebelum ke selepas tembak ?
Sementara itu Khalid berkata, empat anggota polis peronda yang terlibat dalam kejadian menembak mati remaja berkenaan telah diarah melakukan kerja-kerja pejabat.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan adil dan akan dikendalikan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.
Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.
Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminulrasyid Amzah (foto atas) - membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.
Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.
Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.
0 comments:
Post a Comment