Grab the widget 

Saturday, March 27, 2010

'Setiausaha Sulit' Menyamar Boleh Dipenjara 7 Tahun

Musa Hassan hari ini mengesahkan penahanan 'Setiausaha Sulit' Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud semalam yang kini disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar.

Jika sabit kesalahan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Difahamkan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd. Rahim Hanafi untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kenyataan beliau mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan pagi semalam.

Sementara itu di Kota Bharu, polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap Wan Hashim untuk siasatan kes tersebut.

Ditanya mengenai dakwaan kononnya Wan Hashim akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan di ibu negara, Musa berkata, kes itu diserahkan kepada polis kontinjen negeri sepenuhnya.

"Setakat ini belum wujud keperluan untuk membawa kes ini ke Bukit Aman. Buat masa ini siasatan masih dijalankan di peringkat kontinjen sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Hashim yang membuat kenyataan lebih mengejutkan dengan mendakwa Tengku Muhammad Faris Petra telah dipecat dan digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah berkuat kuasa serta-merta ditahan di rumahnya di Taman Seri Aman kira-kira pukul 8.40 malam tadi.[baca penuh dari sumber disini]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM