Grab the widget 

Wednesday, March 10, 2010

SPNB Songlap RM873 Juta Wang Royalti T’ganu, Kelantan Punya Sapa Songlap ?

Oi ! UMNO, ini cerita april 2009 weih !, KERAjaan TENGAH kerana nak menunjuk2, melalui SPNB SONGLAP RM873 juta wang royalti minyak Terengganu untuk melaksanakan projek perumahan di seluruh negara, sedang kan duit tu duit T’ganu, nasib baik mat said geger, kalau tak……………., ok, kalau lah T’ganu bolih menikmati Royalti kenapa Kelantan tidak, sedangkan perjanjian yang sama juga di pakai olih negeri T’ ganu.

Baik lah, yang sudah tu sudah lah, kalau lah KERAjaan TENGAH dah TERAMBIL GUNA wang royalti kelantan dari petronas tu, ngaku saja lah dan berjanji di masa2 hadapan jangan lagi buat KERJA PENYAMUN nih, nak berlagak kaya, tapi guna HARTA ORANG, Awe Adek Stopa ada muka ke ?, 2 ekor ni bodoh lebih pada mat said weih!, cewahhhh.. buat muka BODO……………

Kerajaan Terengganu telah menerima wang royalti minyak sebanyak RM650 juta daripada RM1.4 bilion yang dituntut daripada kerajaan Persekutuan dalam tempoh enam bulan lepas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata jumlah yang diperoleh itu adalah daripada perbelanjaan yang digunakan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan yang disalur kepada negeri-negeri lain melalui dana khas.

"Baki daripada RM1.4 bilion itu akan diserahkan kembali kepada kerajaan negeri selepas rundingan dengan kerajaan Pusat dimuktamadkan," katanya ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.

Ahmad berkata SPNB telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu untuk melaksanakan projek perumahan di seluruh negara dan daripada jumlah itu hanya RM102 juta dibelanjakan untuk projek itu di negeri ini.

"Ini bermakna, SPNB masih berhutang sebanyak RM771 juta dengan kerajaan negeri manakala tuntutan untuk wang royalti yang dijadikan dana khas untuk negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta.

"Kita juga sedang berbincang untuk menuntut wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang digunakan oleh kementerian-kementerian berkaitan bagi melaksanakan projek-projek di negeri ini termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur," katanya.

Persidangan DUN hari ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. [tak percaya ?, baca sini].

2 comments:

Anonymous said...

polis dan sprm tak boleh siasat kes ni sebab sistem diaorg bole baca angka smpai 6digit SAHAJA...

nmpaknya puak2 umno ni berurusan dgn duit rakyat mcm main simpan dlm laci,ingat2 lupa..sana tanya sini, sini tanya sana...siuman ke sewel parti yg rakyat pilih tu??? ke sengaja buat2 sewel..

awengocok said...

rasenya duit royalti minyak kelantan dah habis disapu oleh puak-puak umno! lihatlah gayahidup pemimpin umno dari peringkat negeri hingga ke cawangan, mewah beb!

Komen Terkini

lain lain artikel