Grab the widget 

Tuesday, January 19, 2010

PAS Kelantan Bukan Hakmilik 2-3 Individu

Dalam riuh mengatakan DUN Perak akan di bubarkan, PAS Kelantan pulak masih KERAS PEDAL, daki sampah masih membuat onar, sudah berapa bulan dah isu PMBK tidak menampakkan reda nya.

Kini antara EXCO pun sudah ada tuding menuding akibat pendedahan bloger tentang BAZAR TOK GURU dan sensatimur.

Perlu diingat PAS Kelantan mesti dilihat Bersih dari daki2 sebelum DUN Perak bubar atau pun tidak, kalau tidak keburukan pengurusan Kerajaan Kelantan akan terpalit juga ke Perak.

PAS bukan Hak Mutlak Kelantan, sehingga tak bolih tegur dari PAS luar, Pas Kelantan kini juga ketandusan Kepimpinan yang berwibawa, sestengah yang ada pun SOKONG MEMBAWA REBAH, hipokrit, tamak dan haprak.

PAS Kelantan walau apa pun mesti di lihat bersih dalam dan luar kalau mahu terus survival, jangan biar kan rakyat bawahan hilang kenyakinan akibat 2-3 kerat pentadbir yang khianat, pemimpin yang setahun jagung menyertai PAS nak menunjukan kehebatan lupa pulak dia pada penyokong2 petugas2 bawahan yang mengharapkan keredhaan Allah dalam memperjuangkan syariat ini, berkorban apa saja demi Islam, alih2 PEMIMPIN pulak mengejar DUNIA, jadi tak beza ngan UMNO  kan ?.

Cakap pada rakyat dan pengundi janjikan ganjaran akhirat, dunia pemimpin pulak berlumba2, ini yang aku nampak di sebalik krisis di Kelantan sekarang ini.

Rakyat nganga sedut angin, pemimpin…………………. arghhh ! malas aku nak cite, aku tau semua tu……………. kalau aku sebut, demo kato mugo tok leh kedio gatek, sabit tu geger, ppalo pok mung…….

see my lawyer

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM