Grab the widget 

Thursday, December 31, 2009

Perhatian Pada Pengusaha Pasir Jajahan Kuala Krai

Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan disokong olih Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Kini mempelawa orang ramai atau kontraktor2 jajahan bolih lah dimana saja sekira  nya berminat untuk mengusahakan industri ini.

Mengikut amalan terdahulu, pemohon mesti mengenal pasti lokasi yang bersempadanan dengan lot bergeran sebagai rujukan, wang cagaran sekurang2 RM1500.00, terpenting mesti mendapat kelulusan JPS terlebih dahulu bagi pihak berkuasa parit, sungai dan saliran, proses dalam jangka masa seminggu, menunggu laporan pegawai pejabat tanah membuat siatan.

KINI semua itu tak payah !, cakap saja dimana nak, di LATA REK taman rimba rekreasi sudah 2 hari, tak tahu dewa mana dengan sewenang2 mengaut pasir2 di situ dengan tujuan komersial aku agak, kerana bukan dua lori, tapi dua HARI dah, tak tahu lah berapa hari lagi atau berapa minggu lagi…………….

Amboi ! senang nya, JPS, PTG, Pejabat Tanah ape hal ?, aku bukan berdengki sebenar nya, perkara ini sudah melampau, dulu2 curi pasir pakai bayar bulan tak payah ape, DOKET, aku pun tak paham menatang ni, beli doket 10 lori satu hari tapi angkut 50 lori, kerajaan mampus 40 lori hasil pasir, dulu lagi beli satu kepala doket 100 keping lebih kurang tapi masa spot cek baru rulis doket, cis ! kerajaan rugi lagi.

Banyak nih kerja macam ni nih sekarang………………….Tapi yang terpelik LATA REK orang kampung pun tak berani nak ambil pasir kat situ.

1 comments:

Anonymous said...

Tok penghulu dok buat apa ? Makan gaji buta kali.

Komen Terkini

lain lain artikel