Grab the widget 

Wednesday, December 30, 2009

Husam Sudah Bersuara Apa Kata Malina

Sebelum ni malina pernah mempertikai sikap berdiam diri seorang exco kanan Kelantan, kini Husam yang juga exco kanan telah bersuara, dalam blog nya bertajuk “ Malaysia atau diri”               

Walau pun isi kandungan blog husam menyentuh seolah2 memukul anak sindir menantu, umum mesti menerima dengan hati terbuka dengan ketegasan husam itu, husam solah2 bukan jenis manusia yang hanya ingin melihat, apa nak jadi, jadi lah, nak hancur, hancur lahi.

Seorang yang berpegangan dan beristoqomah dalam perjuangan tidak cepat melatah dengan gelagat2 kaki pelaga orang, berdiam diri sambil memerhati kemana hujung jatuh akhir penyelesain, cool dan tidak panas baran, Husam juga lebih sayang kepada anugerah ilahi sebuah kerajaan yang paling lama memerintah negeri dengan ciri2 islam walau pun dengan tidak 99%, kerana terpaksa melalui berbagai2 halangan dari berbagai penjuru.

Husam juga bukan jenis marahkan nyamuk, kelambu dibakar, walau pun dalam blog nya terasa ada kepedasan bagi sesetengah pihak, tapi itu lah hakikat sebenar, dia bersedia apa2 kemungkinan yang akan menimpa dirinya, hanya masa akan menentukan nya.

TGNA sendiri pun selama 20 tahun kekal juga di bantu olih pembantu2 yang antaranya seperti husam, TGNA tidak bolih mentadbir negeri besendirian, sebuah kerajaan tak sama dengan mengurus sebuah rumahtangga, jadi apakah  formula PAS Kelantan bolih kekal lebih 20 Tahun ?.

Mungkin setelah ketiadaan husam dalam saff pimpinan kelantan, masa itu orang akan nampak nilai sebenar seorang yang bernama Husam Bin Musa.

Jangan sesiapa menafikan usaha2 husam dalam membangunkan kelantan, Kelantan sangat memerlukan orang saperti Husam buat masa ini, tidak seperti  sesetengah pemimpin pelapis kelantan yang lebih retorik saja dan sering tersangkut di tengah2 jalan.

Husam juga seorang manusia biasa, ada kesilapan dan perlu di perbetulkan, kesilapan nya pula tidak sampai kepada meruntuhkan sebuah kerajaan pilihan rakyat, bukan pilihan individu.

Maafkan lah Husam………….sementara dia masih ada……

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM