Grab the widget 

Saturday, December 12, 2009

Datuk Salleh Tun Said Pergunakan Rakyat Sabah

Sabah mempunyai lebih 30 kumpulan etnik dengan tidak kurang 50 kumpulan bahasa dan 90 dialek, yang mana lebih 30 daripada bahasa itu dimiliki kaum Bumiputera seperti Bajau, Murut, Rungus, Latod, Irranun, Talantang, Sonsogon, Likabau, Garoh (Kimaragang), Tinagas, Idahan, Sungai dan Dusun.

Namun kepelbagaian ini bukan menjadi penghalang untuk mereka menikmati kehidupan yang harmoni dan aman seperti yang wujud sekarang.

Tidak harianlah, Sabah dilihat sebagai contoh terbaik kepada konsep 1Malaysia. Gagasan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini, antara lain, menekankan perpaduan nasional, mendahulukan kepentingan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan 5 Prinsip Rukun Negara.,kata “Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) yang juga bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said mengupas isu ini dalam temu bual dengan Ketua Biro Bernama Sabah, Newmond Tibin.

Kenyataan diatas amat berbeza sekali dengan apa yang diluahkan olih rakyat sabah sendiri, “Maaf, saya tak sampai hati mengatakan "orang Sabah bodoh". Ada yang mengatakan begitu dan cukup panas telinga saya mendengarnya dan mahu saja saya hantar tumbukan buku lima ke mukanya, tetapi bila memikirkan secara lojik... ada juga kebenarannya. Nah, kebenaran itu makanya saya semula bertanya kepada orang Sabah yang merupakan Negeri TERMISKIN di Malaysia/hampir sama dengan kemiskinan Afrika Selatan atau sama seperti Medan. Tetapi... kenapa kita miskin..?”.

Barangkali yang tinggal di Sabah bisa menjawab secara waras dan tentu saja merasa malu sangat bila Negeri Sabah telah diakui sebagai Negeri termiskin dan yang anehnya, Sabah ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan yang konon cukup baik dan prihatin serta bijaksana, tetapi merupakan negeri termiskin sekali dibanding Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kenapa yang tinggal di Sabah tidak peka akan hal ini atau menelan bulat-bulat dunia miskin itu?, baca juga blog perisik-rakyat.

Salleh Tun Said semasa dia menjadi Ketua Menteri apa dia lakukan untuk kemajuan rakyat sabah ?, baru sekarang ini bercakap berbelit2 untuk menarik sokongan rakyat kepada parti nya, sudah lah…… lama dah rakyat menderita akibat kerakusan pemimpin uBNrm nih.

Kepada rakyat sabah, cukup lah dengan janji2 manis pemimpin uBNrm nih, PRU nanti pilih lah parti yang bukan komponen BN, iaitu parti dari Pakatan Rakyat.

rujuk sumber asal disini

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel