Grab the widget 

Monday, November 02, 2009

Di U Tak Ada Tauliah Bolih Di Luar Tangkap ?

Setahu aku masih ramai pensyarah di bawah seliaan Dr Asri dan IPTA lain yang tidak diberi tauliah, walaupun layak untuk menerimanya sehingga menyebabkan sekatan ke atas mereka untuk menyampaikan ilmu dan kuliah kepada masyarakat.

Di Perlis bolih, Di TV bolih, Di U Pensyarah lah lagi.

Kalau kata UNDI BN BOLIH MASUK SYURGA JUGA, itu ok, tak perlu tauliah, atau masuk YADIM pun tak apa, apa yang Dr Asri berhadapan sekarang adalah dengan Penguasa yang Dzolim, dengan tidak memartabatkan syariat Islam dalam pemerintahan nya, hanya mengikut Nasfu semata2, beliau kini di uji.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها  

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel