Grab the widget 

Sunday, October 25, 2009

Hargai Lah Penyokong Bawahan Kalau Tak Keluar Saja Dari PAS

Aku mewakili golongan bawahan, yang berparti, tak berparti, KPP atau hanya yang tahu pangkah PAS atau PR saja bila tiba pilihanraya.

Selama ni, kami dah bosan dengan ubnRM dengan berbagai2 kerenah, hanya PAS dan PR lah tempat kami menyatakan protes kami pada ubnRM.

Kami di tarbiah, disedarkan tentang keburukan ubnRM dengan pelbagai hujah, di tambah dengan ajaran bahawa sebagai seorang muslim, hidup dan mati nya hendak lah kerana Allah, segala urusan hidup dan mati mesti berlandaskan islam, jadi, PAS adalah wadah kami.

Sedar lah wahai pemimpin, semasa undi kami di kehendaki, yang cacat anggota kami diusung dan di sorong, cacat penglihatan kami di pimpin, yang bodoh dan sebagainya, pendek kata asal kan berdaftar pemilih, kami lah jadi tumpuan pemimpin2 yang inginkan kuasa.

Setelah kami memberi mandat yakin dan percaya kepada pemimpin, pemimpin pulak membuat onar.

Kepada pemimpin PAS yang bernama nik aziz, hadi, Mustaoha ali, nasharuddin, hassan ali, hussam, nizar, mat sabu, roslan sms, ahmad awang, azizan, ketua pemuda, ketua muslimat dan lain2 lagi, apa Ilmu, teori, rujukan yang anda pakai dalam memperjuangkan ISLAM ?, ada berapa belas jenis Islam ?, sehingga kan jemaah seakan kucar kacir muttakhir ini, atau pun NAFSU menguasai telah mengatasi segala nya.

Kesian aku kepada pejuang2 dulu, bersusah payah menghidupkan harakah ini, pejuang2 dulu lebih berat lagi dugaan, ada syahid, menggadai harta benda, dipisahkan dari kelurga dan sebagainya

Bukan setakat pemimpin dan pejuang dulu saja, hatta pengikut, penyokong dan pengundi pun sampai sekarang ini ditindas, di diskriminasi , di nafikan hak olih ubnRM sebagai warga negara, gara2 menyokong PAS dan PR.

Wahai pemimpin kalau bersatu tanpa agenda lain, duduk semeja bermusyuarah, ingat kan kuasa semntara yang di pinjam olih Allah, perbetulkanlah harakah ini tanpa perlu EGM.

Kepada pemimpin yang berasa tak bolih hidup mewah dan bergaya dalam PAS, jangan buat celaru, dipersilakan keluar saja dari PAS dan bina lah hidup baru bersama teman baru ubnRM, bukan susah, ubnRM kan semua bolih…….

Serabut aku kalau begini lah berterusan……….

4 comments:

Isa said...

Pimpinan PAS dah terkena virus B1N1, nak kena sembur racun babi baru elok...

adibeta said...

Tuan,
1.Ana sgt sedih dan hampir menitis air mata apabila ada suadara berpendapat demikian.....

"Kami di tarbiah, disedarkan tentang keburukan ubnRM dengan pelbagai hujah, di tambah dengan ajaran bahawa sebagai seorang muslim, hidup dan mati nya hendak lah kerana Allah, segala urusan hidup dan mati mesti berlandaskan islam, jadi, PAS adalah wadah kami."

2.Tak hairanla bila akidah UMNOpun dipertikaikan....

3.Ana sgat berharap agar pemimpin2 PAS betulkan hal ini....

kubang kerian,kota bharu

Anonymous said...

Zaman TDM menjadi Perdana Menteri Malaysia, ramai yang mempamerkan sikap PM knows best. Ini termasuk mantan menteri kabinet, TSLLS. Dalam PAS pun demikian juga, ramai yang bersikap pimpinan know best.

Dalam Islam, keterbukaan pimpinan menerima pendapat orang biasa-biasa terserlah. Ini termasuk dalam membincangkan bagaimana hendak menghadapi perang Ahzab. Strategi Salman diterima. Bukan semua keputusan datang dari nabi Muhamad kecuali hal-hal yang berkaitan dengan wahyu dan sunah yang khusus kepada baginda. Demikian juga dalam kes biak-baik pokok kurma. Nabi Muhamad menyerahkan kepada penanam kurma untuk menentukan cara terbaik untuk biak-baik pokok kurma.

Sultan Muhamad Al Fatih sentiasa berbincang dengan pakar-pakar kejuruteraan selain daripada Sheikh Shamsuddin dalam pemerintahan baginda.

Soalannya sekarang, adakah pimpinan PAS sedang menuju ke arah autokratik? Adakah gaya kepimpinan autokratik sebahagian daripada sunah Nabi Muhamad? Adakah gaya kepimpinan autokratik ini satu wasilah untuk memudahkan penubuhan UG dan seterusnya membawa PAS kembali bersama UBN?

pokmat pmas said...

kawan yang baik akan menegur kesilapan kawannya, pemimpin yang ikhlas akan akan menegur kesilapan anak buahnya tapi kalau dah tegur tap tak ikut, bagi nasihat tak nak dengar apa kena buat, takkan orang yang menegurpun salah sepatutnya orang kena tegurlah yang salah, kalau tahu salah kena baiki kecuali memang nak suruh rosak ' daripada nik aziz jadi popular saja blako' gitu ko?

Komen Terkini

lain lain artikel