Grab the widget 

Thursday, October 22, 2009

Bilik Sewa Bulanan Untuk Khalwat & Bersekedudukan Di Kuantan

Ini cerita dari bandar Kuantan, bandar terawal menyediakan perkhidmatan ini dan akan menjadi contoh untuk bandar2 lain.

Pemilik premis rumah kedai di bandar ini mengubahsuai tingkat satu dan dua premis mereka sebagai bilik sewa dan membenarkan penyewa terutama pasangan muda belum berkahwin tinggal bersama.

Golongan muda yang mencari pekerjaan di sini memilih untuk menyewa bilik, kerana tidak mahu mengeluarkan wang lebih, ada segelintir daripada mereka berkongsi dengan pasangan bukan muhrim.

Usaha penguatkuasaan jabatan agama juga gagal menangkap pasangan muda bersekedudukan berikutan setiap kali serbuan dilakukan, ada pasangan yang sempat menyembunyikan diri di bilik lain yang disewa rakan-rakan mereka.

Penguatkuasaan jabatan agama juga tidak profesional, jika tiada aduan, tidor…………………………juga tidak arif tentang bandar kuantan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malik, berkata operasi mencegah jenayah syariah dijalankan dari semasa ke semasa namun pihaknya memerlukan aduan tepat bagi operasi membabitkan bilik sewa atau hotel murah di bandar ini.

lihat sumber asal disini

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, kalau tuan sudah memiliki maklumat, mengapa hanya bercakap dalam blog, hindarkan kemungkaran ini dengan tindakan setrusnya.....

Anonymous said...

alamak , aku pun tengah cari bilik sewa nih!
kalau ada room for rent silalah inform saya

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM