Kerajaan Pas Kelantan memang sudah banyak melakukan perubahan untuk kesejahteraan Warganya.
Yang terbaru kabarnya elaun wakil rakyat akan di naikkan, maka bertambah luas lah lubang hidung2 Yb, memang patut pun, tugas Yb memang berat, atau sengaja cari pasal.
Kaki dan tangan kerajaan pun istimewa lah jugak, gaji dan elaunnya, termasuk juga jawatan lantikan parti, berbagai2 insentif diberikan.
Arak dan judi pun di haramkan, samaada premis yang melibatkan orang Islam, tapi di ceruk kampong ada lagi aktiviti ini secara haram, dah 2 kali haram, cumanya tak haram jadah jah lagi, yang haram jadahnya mata telinga kerajaan yang buta dan tulinya.
Ladang rakyat banyak di bangunkan, tapi bukan untuk Warga marhaen, adalah di beri kan berupa dividen 2 –3 orang setiap cawangan parti, itu pun sesetengahnya pada kroni, aku pun tak tahu taklik macam mana benda ni, tutup mulut ke ?, entah lah, lantak diorang lah, janji ada lah alasan nya.
Ekonomi penoreh getah, pengusaha sawit kecilan, nelayan, petani, pekerja buruh dan yang kuli2 pendapatan mereka bergantung kepada harga pasaran nasional yang tak bersangkut paut dengan kerajaan negeri, begitu juga buruh, hanya bergantung kepada kudrat tenaga semasa badan masih sihat saja, siapa yang peduli mereka 2 ini ?.
Berkeluarga, makin lama makin besar keluarga, rumah kecik, lot2 rumah tak mampu beli, kerajaan Pas kelantan tak peduli pun hal ini, ada yang tinggal 2-3 keluarga dalam sebuah pondok kecik.
Wakil Rakyat, penjawat2 parti dan pegawai yang pangkat nya sampai kesiku pula sestengahnya berlumba2 mengupah untuk meneroka tanah2 kerajaan secara haram di sebelah selatan negeri, setengah nya pulak sibuk melobi kawasan BALAK.
Tidak di nafikan banyak polisi kerajaan, untuk rakyat, seperti armalah dan sebagai nya, aku harap jangan sampai rakyat marhaen dibantu dengan 30 Kg. beras sebulan dah la, seperti kerajaan ubnRM lancarkan sehari dua ni.
Rakyat perlu di bantu dengan aset yang membolihkan mereka keluar dari kepompong kemiskinan dan dapat berdikari, bukan nya dengan cara pemberian subsidi.
20 tahun lebih dah Pas perintah kelantan, di sebelah utara kelantan satu penempatan penduduk dari pecahan keluarga, satu pun kerajaan tak sedia kan, yang lain2 lagi aku malas nak cakap lah, nanti orang kata aku bukak pekung pulak.
Aku heran betul lah, hari2 apa wakil2 rakyat, exxxxxxxccccco dan perancang2 fikir kan, adakah mereka hanya memikir kan tentang Rm Rm untuk kepentingan peribadi dan kroni mereka saja.
KERAJAAN PAS KELANTAN ! tengok gatek belah hulu ni, K.Krai nih………ado wokil ghakyat, tapi tok ppungsi lah, demo sibuk mugo lain bokali…………….
Kerajaan Pas era ASRI aku rasa OK gak, ada pembukaan rancangan tanah2 pertanian dan lot2 kediaman untuk rakyat, sebab itu sekarang ni ramai penduduk di selatan asal nya yang dhaif di sebelah utara kelantan, bijak kepala hotak pemimpin jaman ASRI nih, tak macam zaman langit terbuka, otak tertutup.
1 comments:
syabas to ggawo, apa yang anda kata kan semua nya betul. kita bukan nya nak buka pekung di dada tapi untuk menyatakan kebenaran. jika kita semua dipanjangkan umur kita boleh lihat PAS akan jadi seperti UBN haram jadah. peringkat pimpinan kita sekarang ni dah tidak kisah pasal perjuangan jihad yang diasakan oleh ulama terdahulu. apa-apa pun teruskan perjuangan dialam siber ni semoga pimpinan kita cepat tersedar dari lara
Post a Comment