Grab the widget 

Thursday, October 22, 2009

20 Okt.2009 Maka Bersumpah Lah Fauzi Sebagai Adun MU

Pada 20 Okt.2009, Mohd Fauzi Abdullah pun bersumpah lah di hadapan Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Adun yang mewakili DUN Manek Urai.

Mulai dari tarikh itu, Fauzi kini bukan lagi Fauzi yang sebelum ini, Fauzi telah di pilih majoriti pengundi MU untuk mewakili meraka dan telah menjadi sebahagian anggota kerajaan yang memerintah kelantan sekarang.

Mulai detik bersejarah dalam hidup Fauzi, bukan lagi zaman berfantasi, kini Fauzi akan mempraktik apa yang bermain2 dalam benak kepala nya sebelum ini.

Fauzi juga bukan milik keluarga dan kenalan terdekat dia saja, dia di miliki seluruh rakyat MU tak kira apa parti pun.

Setelah bersumpah memikul tanggungjawab, maju mundur, kesejahteraan, sosial masyarakat, kebajikan rakyat Dun MU akan terletak atas batu jembala Fauzi.

Fauzi kini sedang menempuh dunia baru, dunia yang asing bagi nya sebelum ini, dunia yang diimpikan banyak orang, kini dia melalui situasi itu.

Rakyat, rakyat akan menilai sejauh mana keberkesan fauzi selepas ini, setiap detik, gerak, tindakan dan daya pemikiran fauzi akan di nilai, di kritk, mencemuh, memfithah dan sebagai nya, itu lah nama nya dunia persepsi.

Aku berdoa semoga Fauzi tabah dalam memikul AMANAH, membawa perubahan2 baru, mencadangkan idea2 bernas dan berguna di dalam DUN yang mencermin kan Manek Urai, bukan hanya sekadar memenuhi jadual kedatangan DUN sahaja, mewakili lah rakyat MU dengan sebenar2 nya.

Semoga berjaya dan di pimpin olih Allah…………………….

sumber disini

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM