Grab the widget 

Monday, September 28, 2009

PAHANG BERSAMALAH DGN BE END RAKYAT TANGGUNG RM3,370 HUTANG

Rakyat PAHANG perlu terus bersama Kerajaan BE END RASUAH kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka. sokong lah ! BE END RASUAH

Akibat dari kecekapan mengurus KERAjaan PAHANG BE END RASUAH menanggung hutang besar, setiap rakyat Pahang, sama ada tua, muda, besar, kecil atau masih di dalam buaian sudah terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370 seorang.

Pilih, sokong lah !............KERAjaan tak bertanggungjawab Negeri Pahang pimpinan Umno RASUAH dan BE ENDN yang memperjudikan masa depan negeri dan rakyatnya.

Dua buah syarikat, Spag’n Plantation Sdn Bhd dan Upayapadu (M) Sdn Bhd, yang menyaman Kerajaan Negeri Pahang, Unit Perancang Ekonomi Negeri Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang kerana ingkar janji dengan saman masing-masing berjumlah RM209 juta dan RM24 juta.

Kerajaan Negeri Pahang juga telah diheret ke mahkamah oleh Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) kerana tuntutan hutang penghakiman berjumlah RM63 juta. SGM diberitakan telah mendapat perintah mandamus bagi memaksa Menteri Besar Pahang melunaskan bayaran ini.

Tuntutan hutang juga memaksa anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang, Astana Golf & Country Club disita kerana kegagalan membayar tunggakan pinjaman berjumlah RM40 juta.

Terbaru, seperti didedahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota dari PKR, Azan Ismail, SGM sekali lagi telah mengemukakan saman kepada Kerajaan Negeri Pahang, kali ini saman ingkar janji yang berjumlah lebih RM100 juta.

Sebuah lagi syarikat, Asia Chart Sdn Bhd pula telah membuat dua saman berasingan terhadap Kerajaan Negeri Pahang dengan nilai hampir RM200 juta. Kedua-dua saman ini, menurut Azan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan kira-kira dua minggu yang lalu.

laporan hutang PAHANG sini

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM