Grab the widget 

Tuesday, September 01, 2009

LDP 54 UMNO 52

AKHIRNYA, Parti Liberal Demokratik (LDP), yang telah memerintah Jepunsecara terus-menerus selama 54 tahun dan banyak berjasa membawa negaraMatahari Terbit itu menjadi kuasa besar ekonomi dunia, kecundang ditangan parti pembangkang baru - Parti Demokratik Jepun (DPJ), sebuahparti berhaluan tengah-kiri.

Kekalahan dramatik LDP itu, sekali gus mencatat sejarah dalampolitik Jepun, apabila sebuah parti paling kuat dan berpengaruh tumbangdi tangan parti baru, yang tidak pernah mempunyai pengalamanmemerintah.

Kekalahan itu turut menamatkan krisis dalaman LDP, yang menjadiantara punca utama kekalahan parti itu, apabila Perdana Menteri JepunTaro Aso yang memimpin LDP dan beberapa pemimpin kanan parti itumengumumkan akan meletakkan jawatan bagi memikul tanggungjawab ataskekalahan teruk LDP pada pilihan raya Jepun, Ahad lalu.

Kejatuhan LDP adalah akibat kemarahan rakyat dan kekecewaan rakyatyang meluap-luap setelah parti itu mengabaikan kepentingan rakyat danlebih memberi tumpuan kepada golongan korporat dan birokrat.

Kelemahan kepimpinan Aso serta pelbagai skandal yang melingkariKabinetnya, sejak dia mengambil alih teraju parti dan kerajaan tidaksampai setahun lalu, turut menyumbang kepada kekalahan LDP.

Tanda-tanda kekalahan LDP telah bermula sejak 2006, selepas PerdanaMenteri Jepun yang berpengaruh, Junichiro Koizumi meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, bayang-bayang kekalahan LDP sebenarnya telah bermulalebih awal sejak 1990-an lagi, apabila dasar pasaran bebas yangdiperkenalkan oleh parti pemerintah itu memakan diri apabila dasar itumewujudkan jurang ketara antara golongan miskin dan kaya di Jepun.

Kesilapan LDP ialah apabila dasar itu yang telah mewujudkankebencian di kalangan rakyat terhadap parti pemerintah itu, diteruskanoleh Aso melalui kempen 'mesra perniagaan' yang diperjuangkannya padapilihan raya Ahad lalu, yang akhirnya membawa padah.

Sejak Koizumi meletakkan jawatan pada 2006, LDP telah melantik tiga Perdana Menteri termasuk yang terakhir Taro Aso.

Segala dasar mengenai ekonomi yang dirancang LDP menemui jalanbuntu kerana kedudukan LDP yang lemah di Dewan Tinggi yang dikuasaiDPJ.

Ketika inilah DPJ yang ditubuhkan pada 1998, memperluaskanpengaruhnya. Rakyat mula melihat DPJ yang dipimpin Yukio Hatoyama,sebagai pilihan untuk membawa Jepun keluar daripada kemelut ekonomi.

Kemenangan DPJ pula banyak dipengaruhi oleh janji-janji YukioHatoyama yang mendokong agenda rakyat dan lebih memandang kepada Asiaberbanding kempen 'mesra perniagaan' yang dibawa LDP.

Hatoyama antara lain berjanji untuk mengurangkan pergantungan Jepunkepada Amerika Syarikat (AS), sebaliknya mahu berkerja rapat ke arahpembentukan Komuniti Asia Timur berdasarkan model Kesatuan Eropah, yangturut diperjuangkan oleh ASEAN.

Agenda rakyat yang dibawa oleh Hatoyama itu berjaya menariksokongan rakyat terhadap DPJ, terutama langkah parti itu mahumenghapuskan penyelewengan dan mengatasi pembaziran dalam perbelanjaankerajaan.

Secara umum, Hatoyama dilihat tidak menghadapi masalah untukmelaksanakan semua perubahan dan janji yang telah dibuat, memandangkanpartinya kini menguasai majoriti bukan sahaja di Dewan Rendah tetapijuga di Dewan Tinggi, di Diet (Parlimen) Jepun.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM