Grab the widget 

Sunday, September 20, 2009

APA DAH JADI NII PE EM UNDI POS WANG m’SIA ?

F1 la, entah apa2 lagi ko membangga kan pemerintahan ko, kenapa yang ni terlepas pandang ?, di negeri yang ko terima undi POS Askar dan TUDM Kem di Batu 9 dan Batu 10 Kuantan untuk menang p/raya dan senang2 dapat jadi PE EM.

Tengok nih !, Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.

Ibu ini yang membahasakan dirinya Mek berasal dari PAHANG terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain.

dia terdesak untuk membesarkan tujuh anak berusia empat hingga 18 tahun selepas ditinggalkan suami yang juga seorang penagih dadah tegar.

“Suami saya sudah kerap ditangkap polis dan disumbat ke pusat pemulihan hingga saya lali, malah tidak ingat berapa kali dia dihantar ke sana.

“Kali terakhir selepas dibebaskan dari pusat pemulihan di Kuala Lipis, Pahang, Januari tahun lalu, dia hanya insaf sebulan di rumah sebelum kembali terjebak atas hasutan kawan-kawan lamanya,” katanya yang berkahwin pada usia 18 tahun.

Menurutnya, kehidupan suaminya itu menyebabkan dia dan anak-anak terabai.

“Hidup saya susah dan banyak bergantung belas ihsan keluarga, selain hasil pajakan seekar dusun buah-buahan.

“Kesempitan hidup saya menjerut perasaan dan diri saya selepas dipujuk rakan lama sekolah supaya berhijrah ke ibu kota untuk menjalankan kegiatan pelacuran dengan dijanjikan pendapatan lumayan,” katanya.

Mek berkata, walaupun mulanya malu, namun dia menebalkan muka demi memastikan nasib anak-anaknya yang ditinggalkan sementara bersama ibu bapanya tidak terus sengsara.

Oii ! mana tok penghulu, tok empat, tok sidang, tok imam, JKKKKKKKKKK, PPMMMMMMMM, wakil rakyat, DO, JKR, pdRM, spRM, SPR, jabatan kebajikan masyarakat, tok kadi, HA, DR, TM, TNB, CELCOM, MAXIS, JPS, JAKIM, JAKUN, MANUSIA, DATO, TAN SRI, TENGKU, RAJA,  PROTON, PRODUA, AIR ASIA, MAS, F1, ANGKASAWAN, PEMBAZIRAN, pak lang, pak ngah, along, acik, mak usu, mak teh, mana BINI NAJIB ? mana ?……………………Pperghh !!!!!! sialan semua………………….

oi ! PE EM dan orang PE EM baca sini

1 comments:

Prof. Era Pasca said...

sedih pun ada... simpati pun ade.. geram pun ade...tepuk dada tanya hati..

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM