Grab the widget 

Tuesday, September 01, 2009

52 TAHUN TERENGGANU MERDEKA MAT SAID

wt_02.1

Bangsat punya KERAjaan ubnRM ini bukan nya cerita dongeng, apa ubnRM buat untuk kesejahteraan rakyat.

Negeri yang mengeluarkan minyak bolih jadi macam haprak begini, masa kerajaan PAS dulu, ubnRM bagi Wang Ehsan, dengan jumlah yang tak setimpal dengan apa yang di songlapkan olih kuncu kuncu ubnRM.

Gambar sebelah menceritakan segalanya, Pemandangan dari atas Kampung Teluk Tanjung menampakkan keadaan tidak terpelihara di kawasan sekitarnya ketika tinjauan, baru-baru ini.

Walaupun kedudukan kampung mereka hanya beberapa kilometer dari pusat bandar raya, sebahagian besar penduduknya masih tinggal dalam kawasan perumahan yang menyedihkan.

Melihat kawasannya yang tidak terurus dan keadaan bentuk rumah yang bercampur-campur menjadi tanda tanya sesiapa sahaja yang melalui kawasan berkenaan.

Perkampungan Teluk Tanjung yang telah wujud sejak berpuluh-puluh tahun itu semakin ditinggalkan arus kemodenan walaupun kedudukannya hanya beberapa kilometer daripada pusat bandar.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi perkampungan itu bagi mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, membuktikan hakikat yang dialami penduduk di kampung berkenaan.

Ini kerana, struktur jalan yang sempit serta berlubang di sana sini, menyukarkan pergerakan perjalanan walaupun dengan menggunakan kenderaan bersaiz kecil.

Lebih memburukkan keadaan, struktur dan bentuk rumah yang pelbagai jenis serta berhimpit-himpit menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti setinggan.

Bezanya ia bukan setinggan namun sebuah perkampungan nelayan yang popular satu ketika dahulu dengan pelbagai aktiviti laut dan memproses makanan laut.

Tidak cukup itu sahaja, sistem perparitan yang tidak sistematik menyebabkan kebanyakan longkang yang ada tersumbat serta bertakung sehingga memudahkan pembiakan nyamuk.

Pasti ramai yang tidak percaya tentang kedaifan yang ditanggung oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut yang difahamkan mempunyai lebih tujuh buah perkampungan di kawasan pantai itu.

Antaranya ialah Kampung Tanjung Che Mat Taukey, Kampung Tanjung Surau Pasir, Kampung Tanjung Kapur, Kampung Tanjung Jamban Hijau dan Kampung Tanjung Mengabang.

Rupa rupanya perkampungan ini adalah setinggan, bagi penduduk setinggan ini tidak ad maknanya ubnRM mat said mencanang pembangunan dengan hasil royalty minyak, sedang kan mereka hidup dalam kedaifan.

Selepas ini akan ada janji janji kosong dari ubnRM, dengan berbagai bagai alasan.

rujuk kebangsatan pengurusan ubnRM

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM