Grab the widget 

Sunday, August 02, 2009

Najib dan sepupunya berpuas hati dengan pdRM tangani Himpunan Anti ISA

hatta cekup 1 Antara terganas pdRM menangani Himpunan Anti ISA 1 ogos di beberapa lokasi sekitar KL, peserta himpunan berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Najib dan sepupu nya tentu gembira dengan apa yang dilakukan olih pdRM, bukan setakat itu saja, pdRM juga ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur sepanjang 1 ogos 2009 semalam.

Selain tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, pemimpin kanan lain dalam Pakatan Rakyat yang akan turut disiasat.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ahli parlimen PKR Batu, Tian Chua, Ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu, ahli parlimen PKR Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dan Setiausaha Pemuda PAS Kamaruzaman Mohamad.

pdRM juga mengepung Ibu Pejabat PAS di jalan Raja Laut untuk menangkap Pimpinan PAS, sepanjang Himpunan itu aku dapati tiada insiden ganas dari peserta, aku heran, kenapa perhimpunan aman begitu yang hanya tujuan untuk menyerah memorandum, kepada Istana negara dan YD Pertuan Agong dalam keadaan aman , pdRM menangani nya dengan ganas.

Setakat ini meraka yang di tahan dan Suasana di Pusat Tahanan FRU Cheras menjadi kecoh apabila pihak polis bertelagah dengan para peserta demonstrasi anti-ISA yang ditahan sebelum dan semasa himpunan MANSUH, hari ini. sumder sumber lain .

Menurut Ahli Jawatan Kuasa Muslimat PAS, Athirah Aiman al-Jundi, yang ditahan kira-kira jam 12.50 tengah hari di Kompleks Pertama, pertelagahan tersebut berlaku apabila pihak polis tidak membenarkan mereka yang ditahan untuk menemui peguam.

Tambah beliau, pihak polis tidak membenarkan mereka menemui peguam dengan alasan 'mereka belum ditahan', selain mengatakan para peguam tidak mengendahkan hak dan nasib mereka.

"Alasan pihak polis tidak membenarkan kami menemui peguam ialah kerana kami belum ditahan. Jadi, yang letakkan kami di pusat tahanan ini apa namanya? Jikaasing kami tidak ditahan, mengapa tidak dilepaskan sahaja?", soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, alasan polis bahawa para peguam tidak mengendahkan mereka yang ditahan turut tidak masuk akal, memandangkan terdapat tiga peguam di luar pusat tahanan tersebut, antaranya Lateefa Koya yang ingin menemui mereka yang ditahan.

Sambil menyatakan kesemua yang ditahan dipisahkan antara satu sama lain bagi mengelakkan sebarang perbincangan, Athirah turut memaklumkan tiada sebarang keterangan diambil polis ke atas mereka yang ditahan.

"Kita tidak tahu apa yang mereka mahu. Keterangan tidak diambil, malah terdapat dua tahanan wanita dihantar ke Balai Polis Bukit Jalil. Atas sebab apa kita tidak tahu. Malah, ada di kalangan yang ditahan telah diambil kad pengenalan mereka tanpa dipulangkan kembali," tambah beliau yang turut menyampaikan informasi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan mereka yang ditahan bertindak melakukan pelbagai aktiviti bagi memprotes tindakan polis, antaranya melaungkan slogan 'Hidup Rakyat', 'Mansuh ISA', 'Hentikan kezaliman', 'hancur penindasan', 'lawan tetap lawan', selain mendeklamasikan sajak.

pengsan Antara yang turut ditahan bersama Athirah ialah AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof Rawa; Exco Pemuda Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil; Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah; serta beberapa aktivis lain, termasuk isteri tahanan ISA lapan tahun, Norlaila Othman.

SEBAGAI BANTAHAN DAN PENGAJARAN SETERUS NYA KEPADA NAJIB DAN pdRM, PRK PERMATANG PASIR AKAN DATANG ADALAH TEMPAT SETERUS NYA.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM