Grab the widget 

Wednesday, July 15, 2009

POST MORTEM LAH LAGI KITE……….41N KRP ANAK EMAS

Ini yang aku takleh tahan nih ! dalam sedih majoriti sikit pun aku nak tergelak nih, kah kah kah kah ! lpas ni post mortem lah lagi………. oopp !, takleh panjang2 cite, semua orang PAS gumbira dalm sedihhhhh, aku tutp cite dulu, bik aku tidur dulu semoga di buai mimpi  indah indah, kan dah menang……. korang tuggu je lepas ni post mortem dari aku, buat masa ni relaks dulu.

Sebelum tu aku nak ucap kan terima kasih aku kepada semua rakan bloggers, pinkturtle, perisik-rakyat, pro reform, sha, ummni anni, sahak, cina islam sempat aku jumpa mata dengan nya, ZORRO unmarsk and the gang I love you all, rakan rakan rumah sewa Malaysia Kini dan lain lain, dalm kesempatan masa yang singkat bekerja dengan korang,  aku dapat banyak pengalaman dalm dunia blogging dan aku anggap korang sebagai SIFU.

Pengalaman pertama aku bekerja dengan korang terutama nya Perisik-Rakyat, Pinkturtle, Pro Reform, sehingga  kan aku sanggup korban kan  MASA KERJA CARI NAFKAH UNTUK ANAK BINI demi untuk mencari pengalaman dan belajar dalam dunia blogging, walau pun korang tahu aku tiada asas IT dan hanya seorang setengah ABAD usia, tinggal di pendalaman, konon nya, taraf pendidikan rendah, tapi korang semua sudah tahu siapa AKU, aku ada lah tok ggawo yang bukan ahli PAS, AHLI bermaksud dalam loghat kelantan ada lah PAKAR dalam satu satu bidang.

Jiwa aku sentiasa membrontak, berblog aku pakai hentam, tiada guru, berblog juga dapat aku melepas, melepas segala bengang di kepala aku dan sebagai hobi utama selain aku nak tengok PAS dapat menaungi tanah air ku dengan keindahan ISLAM, tak lebih dari itu, walau pun dalam tempoh PRK ada ORANG PAS yang memandang sinis kepada aku. AKU PERSETAN KAN itu.

Akhir sekali sempena PRK MURAI, aku memohon maaf kepada seluruh muslimin & muslimat, terutama pengunjung blog aku, sekira nya korang susah nak faham gaya bahasa aku, sebab aku bukan AHLI bahasa, harap harap korang faham dan bolih agak apa maksud ayat ayat aku.

TAHNIAH ABE UJI……ASSALAMU’ALAIKUMM SSEMO……….

6 comments:

Anonymous said...

salam.. xpo kawe pehe jah dmo nulis.. tv jah kwe x brapo nak pehe.. rs nk mencarut kwe tgk tv malaysia kito ni.. org pas pecoh palo wat bodo jah, lgsung x siar. 2 itik gembo putri loklak tunjuk plak. terbaring mace cedero paroh nk abis hayat..

ore mace demo penting sbenarnyo.. semoga usha demo diberkati..
tahniah, selamat maju jaya..

Basuh Baju said...

tahniah!

SMT03 said...

good job bloggers! anyway, kene keje keras lagi di PRK akan dtg..terima kasih kerana menghidang kan kami berita yang BENAR....kami jauh di pedalaman sarawak, asyik di perbodohkan media arus perdana... allah berkati sahabat2 bloggers semua! ISLAM untuk semua, se antero negara! Allahu akbar!

Anonymous said...

TOLONG BACA HABIS KOMEN SAYA INI !!!Salam tok gawa, jange sedeh sangat , alhamdulillah kito mene walaupun majoriti sikit. Tok gawa, hok seghotinya kito akan kaloh dan inilah perancangan Bee End , mereka jangka mereka mene dalam 200 undi majoriti. Tapi perancangan allah mengatasi mereka. Tahu mace mano?. Ok Gini analisinyo. Undi pas kurang 300 dari 2008 dulu dan kito mene dengan 1300 majoriti. TakTik umno ialah mereka perlu paling banyak hendak 1500. (majoriti mereka akan 200) . Jadi sasaran mereka ialah (TERUTAMANYA)mereka yang tak mengundi pada tahun 2008 (kan kito boleh tahu sapa tak mengundi pada 2008). Kumpulan inilah yang dibeli/bayar rasuah politik/diberi bantuan dll.Inilah pasalnya peratus keluar mengundi paling tinggi - dalam sejarah !. Nampak tak sekarang. Pas pulok kurang 300 dari 2008 pasal sebahagian besar kumpulan hok pangkah kito dari golongan celik (guru dll) tak boleh balik bercuti dsg-nya. Dan strategi pas saat-saat akhir merupakan strategi ala psikologi dengan mewarwarkan kito akan mene dengan majoriti 2000 !. Perhatikan kenyataan Alwi dari umno yang mengatakan harapan kita menang sangat cerah dengan peratusan yang keluar mengundi yang tinggi - sila rujuk dalam utusan on-line semalam.
Jadi ambo katakan Allah maha besar , walaupun HABIS taktik mereka guna , mereka masih kalah , hakikatnya sebenar ialah PAS LAWAN Kerajan Malaysia (Segala ajensi kerajaan di pergunakan secara maksima, RISDA, Kementerian Pendidikan , Polis dll). Dan ingat masyarakat manik urai golongan bekerja sendiri , penoreh getah dll , bagi RM 300 seorang dan habuan baja dlll, sudah cukup bagi mereka -mereka yang kurang kekuatan dalaman dan bagi mereka yang tak mengundi pada tahun 2008. Ok TOK GAWA, JANGE SEDIH, ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG_ORANG YANG BERTAKWA.

DARI ANAK KELATE ,
IPTA PAHANG.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam tok gawo..

ummi berbesar hati dapt bersua muka dgn to gawo..selalu dgr nama aje dari si perisik rakyat..di manek urai kita bersua..

tahniah kerana memberi maklumat yang benar..sememangnye kita mengharapkan lebih ramai blogger yang mengambil alih berita dari media arus perdana..

ummi juga banyak belajar bila terlibat dengan aktiviti blogging ni..macam2 pengalaman..dari orang tak mandang peranan blogger sehingga org rasa blogger punya peranan besar dalam arus maklumat..

semoga kita dapat berkerjasama di lain waktu..

semoga Islam akan menjadi peneraju di bumi Malaysia

prblogger said...

Timo kasih pasal update result tu semalam..sorry lambat bagi application tu..pasal kawe keliru getek tok tahu nok bui ko sapo suruh update..pah2 insyallah kalu takdok aral melintang boleh jupo mano2 minum teh..

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM