Aku rasa posting ni ramai orang nak tahu, sakit telinga aku menjawab talipon, dari kalangan orang PAS berpengaruh juga lah, tak kurang juga yang peminat kedai kopi, menceritakan hal adik calon ni.
Ada yang menganggap masa depan PAS MU akan gelap, sekira nya perkara perkara yang mengguris hati penyokong dan rakyat umum MU tidak di bendung, konon nya adik calon atau sekarang YB Abe Uji ni seorang Koporat di Penang, kata nya, walau punnnn………turun membantu yang tak membantu pun….., dengan bahasa kasar dan suka memarahi petugas petugas PAS, dengan gaya elite nya bercakap dengan meninggi suara…….SESETENGAH orang kata BUA BESA.
Dia orang asing bagi rakyat MU, kalau apa yang aku dengar ni benar, amat malang bagi YB Uji……….untuk mengubah persepsi rakyat MU nanti.
Aku sebenar tidak memihak kepada mana mana orang, apa yang tak betul aku sanggah dan laporkan, aku sendiri pun terserempak hanya 1 kali dengan nya, aku bolih agak dah walau hanya 1 kali, dengan YB sebelum ni pun tak lebih 4 kali aku terserempak, terserempak, hanya pada sidang media untuk Bloggers yang YB MP Dr Hatta handle kan je dapat lah aku face to face, sempat lah aku menanya beberapa soklan, lepas tu takde le……….
Mahu kah di terbalik nesan MU, sehingga suatu masa nanti PAS MU hanya dapat di baca dalam buku buku sejarah, bahawa sanya nesan PAS MU pun di telan bumi dek kerana evolusi baru.
0 comments:
Post a Comment