Banyak faktor menyebabkan penyokong Pas mengambil duit dan mengundi UBN, slogan “bagi duit ambik, bagi gula kacau, bagi kain pakai bila undi pangkah Pas’’ nampak nya sudah terbalik, mereka kecewa dengan sikap sesetengah pimpinan cawangan yang tidak amanah, kerana ada ibu dan isteri ketua cawangan Pas mendapat wang ladang rakyat, tanpa memperdulikan orang lain hanya mementingkan diri sendiri saja.
Yang terbaru pula aku dengar penghulu Pas membuat pengakuan bahawa beliau menerima hampir RM9,000 dari UBN dan mengundi UBN pada PRK baru lalu. aku tidak heran dengan mangkok ni, kerana sejak sekian lama moral nya memang rendah, hanya orang yang memilih melantik mangkok ni yang bangang nya, tak gheti nak menilai orang.
Rata rata anak muda Murai kecewa kerana kebajikan mereka tidak di pedulikan sebelum dan semasa PRK lalu, seolah olah mereka tidak berguna bagi Pas, perlu di ingatkan anak muda ni bermacam macam ragam.
Pada pimpinan cuba lah fikir kan bagaimana cara untuk mendampingi anak muda itu, aku secara jujur nak berterus terang, ada antara mereka sudah sekian lama terjebak dengan najis dadah, dalm aku mendampingi mereka ini, ada yang meluah perasaan mereka, yang mereka sudah terlanjur jauh dan setengah nya tak mungkin bolih Gostan lagi, ada yang menyesal tapi sudah tidak berguna lagi, mereka mengandaikan kita di situasi mereka, kita juga tidak dapat berbuat apa apa, kita hanya tahu mencemuh mereka, tapi kita tidak merasai apa yang mereka rasa, golongan seperti ini harus di beri perhatian.
Bukan setakat menagih dadah, ada anak muda tidak berkerjaya, hanya melepak dan merempik, tapi UNDI mereka juga di perlu kan olih semua parti yang bertanding pilhanraya.
Tambah tambah lagi pimpinan cawangan orang yang paling hampir dengan mereka, telah menunjuk kan sikap penting diri dan keluarga, bertambah kecewa lah golongan itu.
Pada pandangan aku DUN MU akan mengalami zaman gelap di masa depan, dengan ketiadaan TOKOH tempatan yang bolih megembalikan zaman gemilang Pas, yang sesetengah orang menganggap DUN MU sebagai kubu kuat PAS, di tambah dengan sesetengah tokoh tempatan yang BELOT semasa PRK yang lalu.
0 comments:
Post a Comment