Grab the widget 

Tuesday, June 09, 2009

YEE PPIYOH BAKAL CALON PAS PRK N41 M/URAI

Muktamar PAS pusat tahun ini sebagai iktibar, ramai pimpinan Pas kelantan di tolak perwakilan, MP dari luar kelantan tidak memihak dan tidak mencerminkan hasrat rakyat kelantan yang mereka wakili, ramai perwakilan kelantan tidak puas hati, ini lah masaalah besar bila wakil LUAR mewakili sesuatu tempat pilihanraya, sudah tentu jiwa dan hati mereka bersifat dan cenderung kepada tempat asal usul mereka, berbalik di PRK M/URAI, FAKTOR seperti ini lah yang kami TIDAK MAHU CALON DARI LUAR.

Malam tadi ada satu majlis di MADARASAH UPU SG.PERIA yang dihadiri pimpinan PAS negeri, aku anggap itu majlis GENCATAN SENJATA, kerana ada wakil DUN guchil dan mengkebang, apa perlunya kehadiran mereka dalam majli itu?.

Kami di DUN manik urai sememang ada CALON KAMI, NAH !, dibawah ini :-

Yang aku dengar di seluruh KELANTAN bakal calon PAS adalah FIKRI CHE ISMAIL atau YEE PPIYOH, tahniah sekiranya berita ini benar kepada tuan tubuh, sememang nya dia layak memikul tanggungjawab itu, dia dari tempatan Kg. Laloh, berkeluarga besar juga di Laloh tu, BERBIRAS dengan ketua cawangan UMNO, disenangi olih warga tempatan samaada musuh politik dan kawan, digeruni UMNO, susah nanti UMNO dibuat nya.

Di UPU PAS M/Urai akan dapat menerimanya memandangkan rekod hubungan akrab dia dan ALMARHUM POKSU WEI di ketahui umum, bertungkus lumus untuk memenangi ARWAH setiap kali tiba PRU,  khusus nya di UPU laloh diganding kan sahabat nya SEMAN POKPIN, TOK IMAM, MAT KOMANDO dan warga Kg.Laloh, walau pun tiada peruntukan kewangan.

Tidak bercita cita nak jadi calon, walau pun kerja kuat dalam parti, malah hanya berjawatan di peringkat cawangan TAPI COMMITMENT nya melebihi yang berjawatan tinggi dalam parti, bolih dikatakan ACTIVIS TEGAR.

Di Lata Rek ramai kenalan kalangan UMNO , akan memikirkan 2X, sekiranya dia di CALON kan.

CUCUH PUTERI ada hubungan kekeluargaan disana malah keluarga POK NIK WEI akan gedebar ghaib

Di Sg. Peria dah tentu penyokong PAS tegar, dan berkawan rapat dengan ORANG KUAT disitu.

Dengan LOW PROFILE nya mudah didekati.

Pendek kata penerimaan seluruh DUN tiada masaalah dengan dia.

Sedikit sebanyak kelemahan dia mesti ada, itu biasa lah seorang yang dinamakan INSAN.

Sekiranya di TAKDIR dan di IZIN olih ALLAH, PAS akan menang dengan lebih mudah, tak peduli walau siapa pun CALON UMNO nanti.

Kepada pengunjung luar, SINGGAH LAH DI DATARAN HIJAU SIMPANG BONANZA SAWMILL KG. LALOH, LEBUHRAYA KUALA KRAI GUA  MUSANG KL sekiranya inginkan profile dan cerita tokoh ini.

Berbekalkan ketokohan dia yang pemurah hati, ringan tulang dan sebagainya Advantage harus di beri kepada dia, walaupun tidak berpendidikan tinggi, ini adalah dalam konteks PRK, untuk menarik undi dari UMNO dan atas pagar, ia nya berbeza dengan PRU yang tidak menjadi tumpuan umum, CALON GLAMOUR DI TEMPATAN ADALAH PILIHAN TERBAIK.

Manik Urai di label kan kubu kuat PAS, tapi hakikat nya tidak, peluang 50-50, kami seluruh DUN bertungkus lumus setiap kali PRU, selain faktor AURA ARWAH POKSU WEI, bagi menyambung kesinambungan ARWAH, kini kami menemui AURA BARU.

Buka minda dan mata hati, turun lah ke akar umbi tanya lah siapa saja, apakah YANG AKU KATAKAN INI BENAR ATAU OMONG KOSONG ?, beri lah peluang kepada dia setelah itu berserah lah kepada ALLAH (bertawakkal).

UMNO AKAN BERMASAALAH  BESAR BILA BERTENTANG DENGAN TOKOH INI, INSYAALLAH ! ! !.

4 comments:

R'zley theshoots said...

tok ggwa weh,
kito tk kena lagi dio,MANO GAMBA NYA......TK KENAL MAKA TK CINTA..Takut bjupo tngh jale blago bahu jah......boh gamba dehhhhh

Anonymous said...

tok ggawa! demo jamin ke hak demo kata tu betul belaka, kalau betul gak, alhamdullillah,,lah kita ppakat gi sukung dia , kita tak sah bagi oghe luar weh, kali ni kita ambil anak tempat, huduh2 pon waghih kita, sekughan2 buleh gi minum air teh,kalu oghe luar dia tak gheti basa kita , pail penghangal kita. betul tak ambo kata,pikil2 deh,,,

Anonymous said...

tok ggawa, ambo tengok kawasan dun manik urai ni banyak ketinggalannya. Bakpo jadi gitu. Minta tolong bawa oghe-aghe atas tengok sikit jale ke kampong cempaka,lata rek tuu, teruk benar. Jalan tak panjee mana, kalu stat dari rumah pakcu mat sampai ke rumah pokmat kg cempaka tu baru 3 km lebih sikit jah, tapi masaAllah, nak kata jalee bukan jalan. Oghe kampung seksa betul, hari hari lalu, giii la tengok sendiri, ambo nak cerita pun tak sanggup, Kesian la ko orang kampong kita tu. Negara kita ni dah merdeka lama doh, tapi kg cempaka ni seolah-olah tertinggal 10 tahun ke belakang. Sedih tengok ko jale.

anakjatiMUrai said...

kalu matyie piyoh tu gak
mulek benarla
dekat jah umah ambo tu
mmg bagus gakla klu diao gak
kito sokong benar
xsabar nk blik 14 hb nih

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM