Grab the widget 

Saturday, May 30, 2009

YANG GLAMOUR DAN POPULAR CALON PAS PRK N41 DUN MANIK URAI

Aku meninjau di seluruh DUN Manik urai rata rata aku mendapati 90% dari mereka inginkan calon dari tempatan, ini bermakna mereka tidak ingin calon dari luar, jadi , calon dari luar lupakan hasrat untuk mengacau disini begitu juga kepada PAS kawasan kuala krai, lupakan agenda yang tersirat itu.

Dari desas desus penduduk mereka lebih selesa kalau calon itu dari kalangan mereka walau pun tidak dijanjikan dengan jawatan EXCO atau sebarang jawatan, kenapa ?, PAS Kelantan sudah ketandusan tokoh ke ?, tak masuk akal langsung, macam cerita budak budak je, kami sudah terbiasa dengan Wakil kami terdahulu, tak ada masaalah pun, sampai lima penggal, apa logiknya calon dari luar ?, kalau tidak ada agenda tertentu, kami disini kuat dan menjadikan kawasan selamat kerana kami mengurus hal kami dengan cara kami sendiri, buat masa sekarang biar lah CALON itu dari kalangan kami walau pun PENDIDIKAN nya tak seberapa, yang penting semangat pengundi mesti di jaga demi KEMENENGAN DAN MENGEKALKAN KERUSI DUN MANIK URAI.

Semangat kami akan lemah sekiranya dibawa calon dari luar, KAMI TIDAK INGIN CALON DARI LUAR, PILIH LAH ANTARA MEREKA DARI KALANGAN KAMI , mereka adalah 1. UST. ZAMZURI BIN MAT LAZIM 2. ABDULLAH MAT (SUHAIMI KG. PERIA) 3. FIKRI CHE ISMAIL (MAT YEE PPIYOH).

Info:
SATU CERAMAH PERDANA AKAN DI ADA KAN DI:
WISMA PERIA KG. PERIA PADA : 3 JUN 2009
PENCERAMAH YANG DI JANGKA MEMBUAT UCAPAN ADALAH :

TOK GURU NIK AZIZ MENTERI BESAR KELANTAN

YB. GOBALA KRISHNAN MP. PADANG SERAI

YB. ELEZABETH WONG ADUN BUKIT LANJAN

YB. DATO’ CIKGU RAHIM
YUSUF  KADIR (ATAU JUSOH  TOKOH BEKAS AJK UMNO BAHAGIAN KUALA KRAI)

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR DAN JAMUAN NASI DI SEDIAKAN.


0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel