Grab the widget 

Sunday, May 31, 2009

KAJIAN AWAL PILIHANRAYA (KAP) PAS PRK N41 DUN MANIK URAI

Kajian awal pilihanraya olih pas negeri Kelantan yang diadakan malam tadi di SEKOLAH AGAMA SG. SOK sebenarnya tidak mencerminkan hasrat akar umbi pengundi dan penyokong keseluruhan PAS dun Manik Urai, walau apa pun keputusan pengundian malam tadi tidak bolih diambil kira, sekiranya ada membabitkan CALON LUAR, KERANA sekurang kurang 7 orng yang mewakili dewan harian setiap cawangan ada pilihan masing masing, aku dapati ada antara wakil wakil itu telah di SMS dan dihubungi terlebih dulu untuk mendorong pilihan CALON TERTENTU mengikut SKRIP OLIH PIHAK tertentu.

Bagi aku tetap dengan saranan awal TOK GURU bahawa CALON TEMPATAN lebih IDEAL, sebarang perancangan jahat dari luar akan membawa PADAH KEPADA DUN MANIK URAI.

Aku bagi pihak orang ramai dari AKAR UMBI INGINKAN CALON TEMPATAN kerana DUN MANIK URAI MESTI DIPERTAHANKAN bukan untuk medan PERMAINAN POLITIK ELITE BANDAR , sekali lagi PAS KAWASAN KUALA KRAI HARUS BERKECUALI DARI MENGAMBIL BAHAGIAN.

KAMI ADA CALON BAGI MEWAKILI POLITIK KAMPONG

FIKRI CHE ISMAIL ( MAT YEE PPIYOH ) dengan kesederhanaan dan dikenali ramai, bolih dikatakan seluruh Kelantan mengenali dia, dengan sifat murah nya ,ringan tulang, istiqomah dalam perjuangan, mengambil berat hal hal kebajikan penduduk setempat, disukai olih KAWAN DAN MUSUH.

ZAMZURI MAT LAZIM bekas calon PRU 2004 yang kalah 53 undi bolih di pertimbangkan.

AKU , aku tiada untung apa apa siapa pun mewakili aku nanti, Cuma aku tak puas hati dengan PAS KUALA KRAI saja, mereka nak jadikan empayar anak beranak dan kroni mereka. Tidak ada alasan kalau kata tiada calon antara kami, 2 nama di atas itu adalah nama besar bagi kami, budak beringus kami tak main la , tambah tambah panas baran pulak tu.


3 comments:

Tok Selampit said...

Guano tow!

"tidak mencerminkan hasrat akar umbi pengundi dan penyokong"

Bakpo pulok gitu,

Wakil harian cawangan tu la mewakili seluruh suara ahli cawangan.

Penyokong? Bukan ahli cawangan? Nak memilih juga?

Silalah daftar masuk PAS Cawangan, barulah anda boleh bersuara.

Penyokong? Anda hanya berhak untuk mengeluarkan pendapat.

Nak memilih pemimpin? Sila masuk cawangan dan jadi ahli PAS.

Jangan bersuara macam orang yang tidak siuman, yang menyatakan benda yang bukan haq untuk dijadikan haq.

PAS Kuala KRAI mementingkan anak beranak?

Anda ahli cawangan?

Anda sepatut nyatakan hal ini dalam muktamar PAS Kawasan yang lepas jika anda tidak bacul.

Jika anda bukan ahli cawangan, anda patut isi borang cawangan dahulu.

Jadi perwakilan dalam muktamar untuk menyatakan ketidakpuashatian.

Tak tahu nak masuk cawangan mana?

Minta borang dengan Mohammad Harun SU Manek Urai dan beliau boleh cadangkan.

Kenapa saya persoal ahli cawangan atau penyokong?

Sebabnya hanya ahli cawangan yang bakal menggerakkan jentera Manek Urai nanti, walaupun siapa sahaja akan dinaikkan jadi calon.

Penyokong? Ia mengambil sikap tengok sahaja. Dan, kebanyakannya kritik sahaja pandai, buat kerjanya tak.

Sekian.

cikgu said...

hak tuh...cikgu setuju dengan tok selampit.beyeh

Ayiem said...

Dari segi hujah,aku secara peribadinya bersetuju dengan Tok Selampit dan memang untuk menentukan pimpinan cawangan dan juga kawasan adalah hak ahli-ahli PAS yang berdaftar.

Cuma pendapat aku berkenaan dengan pemilihan calon pilihanraya agak berbeza dengan pemilihan pimpinan cawangan atau kawasan,kerana calon pilihanraya adalah bagi menentukan kemenangan.

Jadi sekiranya menghadapi pilihanraya untuk menang,maka pendapat penduduk tempatan yang bakal menentukan kemenangan juga perlulah diambil kira.

Cawangan perlulah membuat kajian dan penyelidikan,supaya calon yang dipilih adalah benar-benar calon yang mampu diterima oleh pemilih kerana tujuan menyertai pilihanraya adalah untuk menang.

Soal sensitiviti penduduk tempatan yang bakal mengundi memang tidak boleh diketepikan.

Walaupun PAS mempunyai ramai calon yang berpendidikan tinggi tetapi belum tentu mendapat perhatian dari pendudk tempatan yang bakal memilih juga adalah sesuatu yang sia-sia.

Aku tidak mengatakan Tok Selampit salah,memang Tok Selampit betul dari segi organisasi cuma soal pilihanraya adalah ditentukan kemenangannya oleh pengundi maka mau atau tidak pilihan calon haruslah dari calon yang disukai penduduk tempatan dan diyakini mampu memberikan kemenangan.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM