Perjanjian itu timbul akibat kecelaruan iklim sosio-politik Perak
akibat penggiliran takhta Perak juga turut membantu Perjanjian itu, apabila Raja Ismail yang berketurunan Siak diangkat menjadi Sultan Timbul pula sengketa tiga segi bersaudara antara Raja Ismail yang memiliki titisan diraja Perak sebelah ibu dengan Sultan Abdullah yang semasa itu berjawatan Raja Muda serta Raja Yusuf ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah I, seorang lagi waris takhta yang merasakan dirinya tersisih.
Suasana kacau-bilau ini memberi peluang kepada penjajah Inggeris menyucuk jarum demi jarum sehingga terbit Perjanjian Pangkor 1874 yang menyaksikan Raja Abdullah diangkat menjadi Sultan dan Raja Ismail diturunkan menjadi Sultan Muda. Sambil itu, buat pertama kali dalam sejarah tanah-air, sebuah negeri Melayu terpaksa menerima seorang Residen Inggeris sebagai “penasihat” yang ternyata bakal menjadi penentu sebenar hala-tuju pentadbiran negeri.
BACA SETERUSNYA. http://www.freewebs.com/kecapi/20061020-1.htm
2 comments:
lepas baca nilai sendiri lah
siapa pejuang sebenar yang ditakuti inggeris
kenapa pula pejuang dibunuh ?
takde idea aku copy paste je senang.
Salam,
Copy n paste pun kira ok la. Buke semo oghe buko blog2 hok ado ni...byok sgt. Sekure2 kita bg ilmu di samping perkenal blog kito.
Post a Comment