Grab the widget 

Tuesday, February 10, 2009

CALON ? SERAH SAJA PADA TUAN RUMAH

Dalam situasi celaru begini soal calon aku rasa elok serah saja pada tuan rumah , kenapa la heboh sangat pasal calon ? , eloknya buat lah kerja masing masing kuatkan jemaah mana yang kurang ditokok tambahkan , yang tak elok perelokan.

Tuan rumah sekarang sedang melalui ujian, mungkin juga ujian dari ALLAH Taala tujuan untuk menyedarkan kita dari terlena di buai mimpi, jadi…..sedikit sebanyak dapat lah pengajaran dalam tempoh ujian ini, sudah terantuk baru tengadah ?.

Kepada yang berangan jangan perasan, perkara calon ni bukan tujuan nak cari glamour, check diri kita dulu, jangan nak tonjol tonjol diri, seeloknya biar orang lain menilai kita , perkara ini merupakan amanah yang besar.

KENAPA LA TAK TERSEBUT LANGSUNG NAMA PESURUHJAYA PAS PERAK TU, USTAZ HAJI AHMAD AWANG ?

Benci aku , banyak sangat cadangan dari pehak luar, tak boleh ke meeting diam diam, cadang orang itulah , orang ini lah , macam main politik ni baru 2 hari.

Tengok aku pun tersasul gi sebut nama diatas tu pulak, kan terikut kan……..

Tuan rumah tau lah siapa yang layak, jangan berebut sudah.


3 comments:

perunding said...

terima kasih tok Gawa,
nasihat tuan sungguh bermakna.
taraf kita hanya sekadar mencadang.
jangan sampai kita bergomol pulak ya.
biar pimpinan tertinggi bermusyuarah dan beristikharah.
kita doa kan kejayaan bersama.

Ibnu Qalil said...

Salam ziarah kembali. Ustaz Ahmad Awang x boleh bertanding. Sebab anak dia muflis dan dia merupakan penjamin kepada anak dia.

Terima kasih sudi lawat blog saya. Datanglah lagi.

Pyanhabib said...

:) tumpang senyum dan tumpang lalu.

Komen Terkini

lain lain artikel