Grab the widget 

Tuesday, January 27, 2009

ZAHID DAH BENGONG

Siasat punca lompat parti - Zahid 

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata siasatan lanjut perlu dilakukan bagi mencari punca tindakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti seperti yang dilakukan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.


Ahmad Zahid berkata bantuan harus diberikan supaya tekanan peribadi tidak menyebabkan tekanan politik kepada wakil-wakil rakyat BN terutama di negeri-negeri yang diperintah pembangkang.

"Ini kerana mungkin daripada segi peruntukan, kita (Kerajaan Pusat) boleh membantu... Mungkin mereka mengalami masalah daripada segi membiayai aktiviti-aktiviti yang dilakukan sebagai wakil rakyat," katanya.

Mengenai tindakan Nasaruddin itu, beliau berkata: "Memang saya tidak terkejut dengan keputusan itu... tetapi pada saya, beliau mungkin mempunyai sebab-sebab tersendiri (untuk melompat parti) dan harus kita ketahui (sebabnya)," katanya ketika ditemui selepas majlis penutupan Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009 (I-Fest 09) di sini.
Kelmarin Nasaruddin mengumumkan keputusannya untuk keluar Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan menyatakan tindakan itu diambil setelah lama mempertimbangkannya. BERNAMA mstar.
p/s ramai ramai umno zahid saja tak terkejut, kenapa sekarang baru fikir tentang bantuan bagi lah sekarang kau pun nak juga bukan ?, hei ! haji marlborro orang PR tak fikir itu semua kau tu menteri mulut celupar, kerana mulut UMNO ke PKR, apa lagi yang kau nak dera kan rakyat perak ? eh ! kata tak terkejut sekarang kau macam cacing kepanasan sebab ada lagi YB BN akan keluar menyertai PR     yabedabeduuuuuuuu  !!!!!!!!

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM