Grab the widget 

Sunday, January 18, 2009

Kami ingin kan seorang calon First Class

Dalam kita suka gembira meraikan kemenangan calon PAS di PRK KT, sebenarnya banyak pengajaran yang dapat ditimba darinya, pertama bagaimana nak menjaga kemenagan itu, kita di DUN Manik Urai ni bagaimana ?, adakah kita selesa dengan keadaan sebegini selama lamanya, dengan tiada apa apa perancangan yang khusus bagi DUN kita untuk masa depan, siapa kah pemikir untuk mencetuskan idea, siapa cerdik pandai yang berilmu berwawasan mempunyai visi mendapingi wakil kita yang dapat menasihati memberi buah fikiran kepada wakil kita , saya rasa tidak ada sama sekali, yang ada hanyalah kaki bodek, bodoh, tak sedar diri, tak berpelajaran pun angkuh bercita cita ingin menjadi calon masa depan sekiranya penyandang sekarang memberi laluan atau menarik diri, inilah masaalah paling besar bagi DUN Manik Urai, setiap kali ada pilihan raya masaalah calon lah menghantui kami, seolah kami diperbodohkan, tidak adakah orang berkaliber atau berpelajaran, moralnya tinggi, dihormati masyarakat setempat, apabila kategori orang sebigini di pilih, adalah penentangannya, siapa ?, tak lain orang orang bodoh bengong tak sedar diri tadi lah menjadi penyibuknya, mereka ego ada puak tamak kuasa, kebendaan, lama lama Manik Urai boleh hancur, sejak berdekad dulu inilah masaalah nya bagi kami penyokong PAS di Manik Urai ini.

Kami ingin kan seorang calon First Class mewakili kami tak mahu lagi seperti yang lepas lepas IQ zero.


0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM