Grab the widget 

Thursday, October 06, 2011

Telekom Mengganas Lagi

Hari ini kawan aku bagi tau telekom 1msia mengganas lagi, seorang wanita telah membuat panggilan menuntut bayaran perkhidmatan streamyx yang kawan aku tak pernah guna, ini no tel pemanggil tersebut 014 727 3289, telekom atau agen bolih check alamat pada bill samaada perkhidmatan itu ada atau tidak di premis itu, sebenar nya sudah lama tiada perkhidmatan sebelum pembahagian netbook lagi,  cable telekom di CURI dan di potong olih pencuri2 besi buruk sehingga telekom kuala Krai tidak membaik pulih pun, dibawah adalah n3 terdahulu.

image

Dajjal tak dajjal nya 1msia ni korang baca di bawah tu sebelum ni pun aku Up di sini sebelum nya, jadi perkara ni bukan rekaan aku semata2.

Bapa seorang penerima netbook percuma di bawah Program Pemberian Netbook 1Malaysia meminta penjelasan pihak berkenaan mengenai caj perkhidmatan internet yang terpaksa dibayar biarpun anaknya tidak melanggan perkhidmatan itu.

Bapa terbabit yang enggan dikenali berkata, caj Yuran Langganan Streamyx sebanyak RM25 pada bil terbarunya yang dikenakan sebuah syarikat telekomunikasi itu amat mengelirukan kerana netbook anaknya tidak ada kemudahan tersebut.

Justeru, katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku agensi pelaksana program dan syarikat telekomunikasi terbabit perlu membuat penjelasan mengenai caj itu.

“Bagi saya yang berpendapatan rendah, yuran ini amat membebankan, apatah lagi perkhidmatan dikenakan caj itu kami tidak guna,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum dikenakan caj terbaru itu, anaknya sebagai penerima dikenakan bayaran RM11.20 setiap bulan selama enam bulan selepas mendapat netbook berkenaan.

“Caj (RM11.20) itu saya masih boleh terima tetapi bila dikenakan caj terbaru (RM25) ini, saya rasa seolah-olah netbook ini sebenarnya bukan diberikan percuma oleh kerajaan tetapi kena bayar, cuma tidak dinyatakan dengan jelas.

“Kalau betul caj terbaru ini sebagai bayaran netbook, saya minta syarikat telekomunikasi terbabit tukar penyata bil daripada yuran langganan streamyx kepada caj tunggakan netbook supaya ibu bapa tidak keliru,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan memperuntukkan sebanyak 40,000 netbook untuk diagihkan secara percuma kepada pelajar di negeri ini di bawah Program Pemberian Netbook 1Malaysia.

Pengagihan secara berperingkat itu selaras matlamat kerajaan untuk mencapai 27 peratus penembusan jalur lebar dalam kalangan isi rumah terutama golongan kurang berkemampuan di seluruh Kelantan menjelang hujung tahun ini.

Aku dah buat satu N3 berkaitan dengan benda ni [sini], TELEKOM KUALA KRAI ada kaitan.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM