Grab the widget 

Wednesday, September 21, 2011

SKMM Tuntut Bayaran Pemberian Netbook 1Malaysia ?

natsys-nadi-ayu-netbook-1Dajjal tak dajjal nya 1msia ni korang baca di bawah tu sebelum ni pun aku Up di sini sebelum nya, jadi perkara ni bukan rekaan aku semata2.

Bapa seorang penerima netbook percuma di bawah Program Pemberian Netbook 1Malaysia meminta penjelasan pihak berkenaan mengenai caj perkhidmatan internet yang terpaksa dibayar biarpun anaknya tidak melanggan perkhidmatan itu.

Bapa terbabit yang enggan dikenali berkata, caj Yuran Langganan Streamyx sebanyak RM25 pada bil terbarunya yang dikenakan sebuah syarikat telekomunikasi itu amat mengelirukan kerana netbook anaknya tidak ada kemudahan tersebut.

Justeru, katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku agensi pelaksana program dan syarikat telekomunikasi terbabit perlu membuat penjelasan mengenai caj itu.

“Bagi saya yang berpendapatan rendah, yuran ini amat membebankan, apatah lagi perkhidmatan dikenakan caj itu kami tidak guna,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum dikenakan caj terbaru itu, anaknya sebagai penerima dikenakan bayaran RM11.20 setiap bulan selama enam bulan selepas mendapat netbook berkenaan.

“Caj (RM11.20) itu saya masih boleh terima tetapi bila dikenakan caj terbaru (RM25) ini, saya rasa seolah-olah netbook ini sebenarnya bukan diberikan percuma oleh kerajaan tetapi kena bayar, cuma tidak dinyatakan dengan jelas.

“Kalau betul caj terbaru ini sebagai bayaran netbook, saya minta syarikat telekomunikasi terbabit tukar penyata bil daripada yuran langganan streamyx kepada caj tunggakan netbook supaya ibu bapa tidak keliru,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan memperuntukkan sebanyak 40,000 netbook untuk diagihkan secara percuma kepada pelajar di negeri ini di bawah Program Pemberian Netbook 1Malaysia.

Pengagihan secara berperingkat itu selaras matlamat kerajaan untuk mencapai 27 peratus penembusan jalur lebar dalam kalangan isi rumah terutama golongan kurang berkemampuan di seluruh Kelantan menjelang hujung tahun ini.

Aku dah buat satu N3 berkaitan dengan benda ni [sini], TELEKOM KUALA KRAI ada kaitan.

2 comments:

Anonymous said...

adik saya pun terkena. sblm ni abah saya hanya bayar je. tp melihatkan xpenah guna. saya suruh abah saya stop bayar. sekarang bil dah rm125. untuk apa bayar kalau sekali pun xpenah guna. dan tidak tahu hujung pangkal sal menda alah ni. tm patot xplain.

budakmelaka_94 said...

Nk kna byar jgk kew...sdangkn xpkai lngsung...jmlh trkini 241.85..hmm

Komen Terkini


On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Eh jap.. tapi raja kecik Tu anak dia Kan.. so dia kawin lah kwn ?

On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Sbb dia tak kawin kot..

On Nov 14 ayac commented on imam raba dada pemuda dan cuping
En güzel whatsapp gerçek telefonda sikiş telefonda sex yaparak ortaya çıkıyor

On Dec 06 lantera commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Adakah ini FITNAH?? setelah berumur 40 tahun, buat pertama kalinya saya membaca cerita ini?samaada...(more)

On Dec 29 budakmelaka_94 commented on skmm tuntut bayaran pemberian netbook
Nk kna byar jgk kew...sdangkn xpkai lngsung...jmlh trkini 241.85..hmm

On Oct 14 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Tak tumbuh,tak melata,tak sungguh,orang tak kata..Ada bepuluh lagi sultan dalam catatan...(more)

On Apr 03 Anonymous commented on keturunan amerika bakal sultan ketuanan
Kaki botol alright... Not to mention his sister married a Yahudi... These are the future leaders of...(more)

On Jul 02 Anonymous commented on telekom cuba mengutip bayaran dari
I also get the same number call tha saying i owe two thousand something ..wtf ?? i been not using...(more)

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM