Grab the widget 

Monday, April 04, 2011

Bebaskan Malaysia Selamatkan Rakyat

Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti.

DSC00058Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan dan Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam

Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan.

Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN.

Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan.

"Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit.

"Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan.

"Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya.

Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan.

Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar. [sumber]

0 comments:

Komen Terkini


On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Eh jap.. tapi raja kecik Tu anak dia Kan.. so dia kawin lah kwn ?

On Jun 12 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Sbb dia tak kawin kot..

On Nov 14 ayac commented on imam raba dada pemuda dan cuping
En güzel whatsapp gerçek telefonda sikiş telefonda sex yaparak ortaya çıkıyor

On Dec 06 lantera commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Adakah ini FITNAH?? setelah berumur 40 tahun, buat pertama kalinya saya membaca cerita ini?samaada...(more)

On Dec 29 budakmelaka_94 commented on skmm tuntut bayaran pemberian netbook
Nk kna byar jgk kew...sdangkn xpkai lngsung...jmlh trkini 241.85..hmm

On Oct 14 Anonymous commented on sultan mahmud shah ii homoseks
Tak tumbuh,tak melata,tak sungguh,orang tak kata..Ada bepuluh lagi sultan dalam catatan...(more)

On Apr 03 Anonymous commented on keturunan amerika bakal sultan ketuanan
Kaki botol alright... Not to mention his sister married a Yahudi... These are the future leaders of...(more)

On Jul 02 Anonymous commented on telekom cuba mengutip bayaran dari
I also get the same number call tha saying i owe two thousand something ..wtf ?? i been not using...(more)

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM