Grab the widget 

Monday, November 08, 2010

Omar Mohamed Ni Orang Pas Ke Ape ?

Kerajaan negeri pimpinan PAS Isnin diminta menghentikan sikap menyalahkan kerajaan pusat berhubung masalah yang tidak dapat diselesaikannya termasuk isu pembinaan dan membaiki jalan, kata Datuk Omar Mohamed (PAS-Perupok).

SONY DSC Datuk Omar Mohamed  bercermin mata, cuba teka pulak siapa sebelah nya, gambar semasa mereka membantu jentera PRK Pas di Galas.

Beliau berkata sudah 20 tahun kerajaan Pas memerintah Kelantan dan seharusnya sikap menyalahkan kerajaan pusat tidak timbul kerana menjadi tanggungjawab kerajaan negeri mencari ikhtiar untuk mendapatkan peruntukan bagi membaiki atau membina jalan.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandangnya daripada Pas, Chek Hashim Sulaima meninggal dunia akibat barah usus pada 27 Sept lepas. Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menang dengan majoriti 646 undi.   [baca sumber]

tok ggawo said : nada macam nada umno jah….kah kah kah, bukan aku komplain, tapi omar, kalau aku jadi wakil rakyat Pas, aku juga komplain macam omar, wala’ bertempat………

6 comments:

gedebeKB said...

Tok Gawo,
jangan duk mengarut, Umar mamat ni dah berumur, fikirannya pun kembali ke zaman budak-budak.
Kita semua kena sedar, bahawa kerajaan kelantan adalah salah satu kerajaan negeri yang menyertai M'sia. sistem ini dipanggil sistem persekutuan, dimana sultan Kelantan bersetuju menyertai persekutuan Tanah melayu dengan syarat-syarat tertentu.
Antara penjanjian pembentukan persekutuan adalah isu hasil dan pembangunan negeri-negeri yang bergabung.
Kerajaan pusat akan memungut segala cukai, kecuali cukai hasil bumi, tanah, air dan cukai jamban taik.
Hasil yang diperolehi Kerajaan Kelantan sejak zaman-berzaman, dari zaman PAS ke Zaman UMNO, dan kembali ke zaman PAS adalah terlalu kecil, untuk menampung perbelanjaan pembangunan mega.
Kerajaan negeri terpaksa meminta ihsan dan bantuan daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan pembangunan negeri Kelantan.Dan menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk memastikan kerajaan negeri mendapat peruntukan sewajarnya.
Sementara perkataan kegagalan kerajaan negeri mencari dana untuk pembangunan boleh dipertikaikan.
Daripada 12 negeri yang bergabung dalam M'sia, ada negeri yang kaya dan ada negeri yang miskin. Negeri Kelantan tergolong dari negeri miskin, namun tidaklah papa kedana seperti negeri Perlis.
Kekayaan sesebuah negeri adalah anugerah dan rahmat Allah. Misalnya, selangor adalah negeri yang kaya kerana kedudukan negeri tersebut kebetulan sesuai untuk tapak industri. Ada negeri yang asalnya kaya dengan sumber asli, tapi jadi miskin disebabkan salah urus, seperti Sabah. Ada negeri yang boleh menjadi kaya, tapi jadi miskin disebabkan pemimpinnya lemah jiwa seperti Trengganu. Sementara Kelantan adalah negeri boleh jadi kaya, namun kekayaannya dirompak dan rakyat kelantan hanya telan air liur.
Tuduhan kedua, pemimpin negeri Kelantan gagal menarik pelaburan dan tidak berusaha untuk memperolehi punca keewangan, atau nama singkatnya "bodoh ekonomi". Ini dakwaaan dan kata-kata yang keluar dari mulut orang yang bangang dan kaki kedai kopi (kkk).
Jangan ingat Kerajaan Kelantan dipimpin oleh para jin dan hantu, pemimpin PAS Kelantan juga adalah manusia, seperti manusia yang memimpin kerajaan Perlis dan Trengganu. Setiap manusia ingin kaya dan akan berusaha untuk memperolehi kekayaan. sebagai contoh, kerajaan Kelantan menekankan dasar amanah dan berjimat cermat dalam pengurusan Kerajaan, usaha ini bagi mengecilkan jumlah perbelanjaan mengurus dan menyalurkan baki kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.
Masalah kegagalan menarik pelabur luar untuk melabur di negeri Kelantan, adalah masalah yang berbentuk umum. Mustahil hanya kerajaan negeri yang dipersalahkan, sedangkan kesudian pelabur untuk datang melabur tidak diambil kira.
MB kelantan dan exconya telah pergi berjumpa dengan pelabur, dan kerajaan Kelantan menyediakan tapak kilang dan insentif yang sesuai. Namun pelabur masih keras kepala dan tidak mahu datang.
Sebenarnya ada banyak sebab dan faktor kenapa pelabur tidak mahu melabur disatu-satu tempat, bukan hanya kelemahan kerajaan negeri.
Sebagai contoh, mari kita lihat bagaimana pelancong domestik masih berpusu-pusu melawat Kelantan, sedangkan kerajaan Terengganu berusaha sedaya upaya untuk menarik pelancong melawat Trengganu. Pelancong ke Kelantan disebabkan minat pelancong untuk melawat Kelantan, bukan sebab kerajaan Trengganu tidak berusaha dan tidak bijak untuk menarik pelancong.
Masalah pembangunan di Kelantan tidaklah seteruk mana, jika dibanding dengan negeri-negeri lain di M'sia kecuali New York dan Paris, ini pun jika mata kita terbuka.
Kalau ukuran pembangunan berdasarkan pasaraya, Kelantan tidak akan kalah. Kalau pembangunan diukur dengan rumah-rumah penduduk, Kelantan lebih kehadapan. Kalau diukur pembangunan dengan bangunan-bangunan, di Kelantan pun terdapat bangunan, walaupun tidak setinggi menara Petronas.
Demo nak kata guano tok gawo?.

gedebeKB said...

Tok Gawo,
Sebelah dia tu Abe Jak, Tok Sheikh Golok, seorang yang berani, pernah menjadi terkenal kerana kes selak kain, pengsan Puteri UMNO apabila tenampak apa yang diselak. tinggal di Rantau Panjang depan SMUA Banggol Kulim, bekas orang kuat S46, Pernah menjadi calon PAS di Perlimen G. Musang menentang KU LI.
Sekian.

tok ggawo said...

kawe terpaksa menapis komen mencarut, menyentuh sensitiviti agama, kurang ajar, beberapa komen pencacai umno Rasuah sudah kawe delete.

hanya komen2 yang membina, munasabah walau pun dari pencacai2 umno kawe akan publishkan, berselisih pendapat tidak mengapa, tapi biar masuk akal.

tok ggawo said...

gedebeKB

sorry ! kawe terpaksa tapis komen2, kerana jembalang tanah dari sebelah ugama pakai kepala hotak.

mosabit said...

agaknya dia dah jemu jadi adun.....

asik adun dan adun...puas mengadun...
kuih tak jadi jadi jugak....
hidup tak mewah mewah jugak....
projek tak masuk masuk jugak...
china doll tak mari mari jugak....



pru13 kita tukar dengan orang lain lah pulak....

tengok apa jadi...

gedebeKB said...

tok gawo,
bila pula demo jadi penapis filem, jarang-jarang sekali biarkan komen dipamerkan, masyarakat dah banyak berubah, reformasi pemikiran sedang bercambah.
Kita tidak boleh mengharapkan media perdana untuk merubah pemikiran bangsa melayu. Hanya sedikit pengorbanan daripada kita org melayu pasti berubah.

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM