Grab the widget 

Friday, September 03, 2010

Haji Ahmed Maher Satu2 Tokoh Agama Terajui MAIK

image

Sahib Al-Samahah Dato' Haji Ahmed Maher Bin Ismail

Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Beliau dilantik menjadi Yang Dipertua untuk tempoh yang relatif lama dan merupakan satu-satunya tokoh agama pernah dilantik ke jawatan ini setakat ini.

Sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua, anak Tok Kemuning ini pernah bertugas sebagai Nazir di Pejabat Pelajaran Majlis pada awal tahun 1931 dan kemudiannya sebagai Pegawai Pelajaran pada tahun 1934 sebelum dilantik menjadi Qadhi Besar pada penghujung tahun 1935.

Beliau terpaksa dilantik sebagai Pemangku Yang Dipertua oleh kerana pada masa yang sama beliau adalah memegang jawatan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Meninggal dunia pada 16hb. Mac 1968 dalam usia 63 tahun. [baca sini]

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ditubuhkan pada 17 Safar 1334 bersamaan 24 Disember 1915 melalui satu perisytiharan oleh KDYMM Sultan Muhammad Ke IV. Penubuhannya bertujuan untuk menasihati KDYMM Al-Sultan selaku ketua agama berkenaan dengan hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan.

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM