Grab the widget 

Tuesday, August 10, 2010

Penjaga Ugama Kelantan Tiada Beza Dengan Selangor

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1980 dengan tujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti dakwah dan pembangunan hal ehwal Islam di negeri Kelantan. [lihat sini].

Objektif: Memastikan kesucian Agama Islam terpelihara dengan berpegang kepada aliran Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Membentuk, membina dan memupuk kesejahteraan ummah berteraskan Islam melalui perancangan dan pelaksanaan yang strategik dan berkesan.
Memberi perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan. [baca sini].

Pengarah2 terdahulu: [baca sini], Pengarah sekarang ialah (ini jawatan eksekutif ni) :[lihat gambar dan klik disini]

pengarahjaheik

Nama :
Dato' Haji Mohd Azamli bin Jamaluddin

Umur :
57 Tahun

Tarikh Lahir :
1 Oktober 1952

Kelulusan :
B.A (Hons) International History

Tarikh Mula Berkhidmat :
1 September 1977

Tarikh Mula Berkhidmat di JAHEAIK :
27 Julai 2009 sehingga sekarang

Sebelum dilantik sebagai Pengarah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, beliau pernah bertugas sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) dari 02 September 2008 sehingga 20 Julai 2009. Dan juga sebagai Ketua Jajahan di beberapa jajahan di Kelantan. Antaranya ialah jajahan Pasir Puteh, Tanah Merah dan Gua Musang.

Tengok…..langsung tidak berlatar belakang Ugama, B.A (Hons) International History (disiplin agama ke ni ?) , MB jah tokoh Agama, lepas ni cek dekat MAIK pulak, sebenar nya jarang orang tau hal2 begini ni……….

0 comments:

Komen Terkini

lain lain artikel

Dinar-Emas.COM